TRADERTOWN.my

perdagangan dalaman picture
Gambar oleh theasiancinemablog.com

Bekas pekerja Netflix didakwa untung $3 juta hasil perdagangan dalaman

Untung juta-juta hasil perdagangan dalaman secara haram?

 

Bekas pekerja Netflix Inc (NASDAQ:NFLX) telah didakwa di Mahkamah Persekutuan di Seattle kerana menggunakan maklumat sulit data pertumbuhan pelanggan syarikat. Maklumat tersebut digunakan untuk menjalankan perdagangan dalaman. Sekurang-kurangnya sebanyak $3.1 juta keuntungan telah dijana menerusi aktiviti haram tersebut.

How does Germany choose its judges? Always the best pick? | Germany | News and in-depth reporting from Berlin and beyond | DW | 27.09.2018

Sung Mo Jun merupakan jurutera perisian di Netflix pada tahun 2013 sehingga 2017. Beliau didakwa memberi maklumat sulit tersebut kepada saudaranya, Joon Mo Jun dan rakan baiknya, Junwoo Cho sebelum sesi panggilan pendapatan suku tahunan syarikat (quarter earning call).

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S (SEC) menuduh Joon Mo Jun dan Junwoo Chon menggunakan maklumat sulit tersebut untuk berdagang saham Netflix pada tahun 2016 hingga 2017. Hasil daripadanya, Joon Mo Jun dan Junwoo Cho masing-masing memperoleh keuntungan $521,000 dan $215,000. $60,000 daripada keuntungan tersebut dikongsi dengan Sung Mo Jun.

Money, Money, Money: The Race For Boston City Hall

Selepas Sung Mo Jun berhenti kerja, beliau telah meminta rakannya iaitu Ayden Lee yang juga bekerja sebagai jurutera perisian di Netflix pada 2016 sehingga Februari 2021 untuk memberikannya maklumat sulit syarikat tersebut.

Sung Mo Jun kemudiannya berkongsi maklumat tersebut dengan Joon Mo Jun dan Junwoo Chon. Hasilnya, Junwoo Chon, Joon Mo Jun,  dan Sung Mo Jun masing-masing menghasilkan keuntungan tambahan $1.1 juta, $813,000 dan $453,000.

Sung Mo Jun juga berkawan dengan pekerja Netflix ketiga, Jae Hyeon Bae. SEC menuduh bahawa Jae Hyeon Bae, Junwoo Chon, Joon Mo Jun dan Sung Mo Jun mengambil bahagian dalam saluran pesanan yang disebut “Rage Against the Market,”.

Most famous hackers in history - Panda Security Mediacenter

Dalam media ini, mereka membincangkan perdagangan saham. Jae Hyeon Bae menasihati Joon Mo Jun untuk menjual saham Netflix, dengan alasan pertumbuhan pelanggan Netflix akan berada di bawah ramalan penganalisis. SEC mendakwa bahawa tips itu telah berjaya membantu Joon Mo Jun memperoleh keutungan $ 72,875.

Jae Hyeon Bae telah meninggalkan Netflix pada tahun 2019. Bagaimanapun, beliau tidak dituduh dengan perlakuan jenayah tetapi masih lagi kekal berada dalam radar SEC.

Bagaimana SEC dapat kesan perdagangan dalaman ini?

Menurut Erin Schneider, pengarah SEC wilayah San Francisco, pihaknya berjaya menemukan bukti perdagangan dalaman secara haram tersebut berdasarkan corak perdagangan yang berjaya tetapi kelihatan pelik.

Tertuduh boleh dipenjarakan dan didenda sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut.

 

Belajar trading global secara percuma. Join channel Telegram TRADERTOWN sekarang.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *