Ramai orang cakap minyak mentah boleh habis? Persoalannya betul ke?
Minyak mentah merupakan antara sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui bermaksud sumber semula jadi yang tidak boleh diganti dengan mudah pada kadar yang pantas mengikut kepenggunaan.
Jangan mudah tertipu. Secara teknikal, minyak mentah memang akan kehabisan. Tetapi, ianya akan mengambil masa yang lama berjuta-juta tahun untuk habis secara keseluruhan. Sampai ke cucu cicit kita pun tidak akan habis!
Minyak mentah yang kita eksploit terbentuk daripada sisa organik hasil daripada pengomposan makhluk yang sudah mati sejak lebih 70 juta tahun lalu. Antara produk lain hasil dari pengomposan bahan fosil ini adalah arang, petroleum dan gas asli.
Jika kita bandingkan 200 juta tahun masa yang diambil untuk menghasilkan minyak dan penambahan 200 juta tahun untuk eksplorasi dan penghasilan, maka sudah tentu lama lagi rizab minyak akan habis!
Satu lagi fakta yang perlu kita tahu adalah rizab minyak mentah tidak akan berkumpul semula pada tempat yang sama. Maksudnya, jika kita buat ekplorasi di kawasan A selama berpuluh-puluh tahun, kita tidak boleh menggunakan tempat yang sama untuk buat ekplorasi semula. Tetapi, ini bukan bermakna kita perlu menangis sebab pasti akan ada lagi medan minyak lain yang bakal dijumpai dan diterokai.
Disebabkan oleh nombor yang kompleks dan pemboleh ubah yang sering bertukar, ianya adalah mustahil untuk minyak berkumpul pada tempat yang sama setelah ianya terhasil.
Walaupun sumber minyak masih lagi banyak untuk diterokai, tetapi ini bukanlah alasan untuk kita tidak membangunkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar, geoterma dan lain-lain bagi memastikan bumi kita kekal bersih dan selamat untuk generasi akan datang.