TRADERTOWN.my

gasolin picture
Gambar oleh Jonathan Alcorn

Gasolin semakin tenat, Trump pula main tarik tali

Kerugian dalam industri minyak global semakin bertambah apabila harga minyak turun pada awal sesi perdagangan pada hari Khamis. Kejatuhan ini didorong oleh faktor peningkatan inventori gasolin yang memberi penunjuk kelemahan permintaan terhadap bahan bakar.

 

Permintaan bahan bakar seperti minyak mentah dan gasolin semakin merosot tatkala kes pandemik COVID-19 semakin melambung terutama di Amerika Utara dan Eropah.

 

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (A.S) menurun 27 sen (0.7%) kepada $39.76 setong, selepas jatuh 4% pada hari Rabu.

 

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 21 sen (0.5%) kepada $41.52 setong selepas turun 3.3% pada hari Rabu.

 

Menurut Energy Information Administration (EIA), stok gasolin naik sebanyak 1.9 juta tong pada minggu 16 Oktober. Ini berbeza daripada jangkaan awal yang sepatutnya iaitu turun 1.8 juta tong.

 

Ketua Penyelidikan Komoditi National Australia Bank (OTC:NABZY), Lachlan Shaw berkata bahawa laporan EIA terbaru ini menunjukkan peningkatan inventori gasolin walaupun pada masa yang sama berlaku pengurangan pengeluaran gasolin disebabkan oleh penghentian sementara operasi syarikat penapisan akibat Taufan Delta.

 

Rekod jangkitan COVID-19 yang tinggi di beberapa negeri di A.S dan Eropah, perintah berkurung yang baru dan tindakan China menghalang perjalanan ke luar negara bagi membendung penyebaran wabak telah mengakibatkan permintaan minyak merosot.

 

Tambah merumitkan keadaan apabila pembuat undang-undang A.S belum mencapai kata sepakat dalam pakej ransangan ekonomi selepas Presiden Donald Trump menuduh Demokrat mengadakan perjanjian kompromi.

 

Sumber dari ANZ Research pula berkata kenaikan semula kes COVID-19 membantutkan ekonomi rakyat A.S. Ini menjadikan pakej ransangan sangat penting dan ditunggu-tunggu.

 

Walau bagaimanapun jika pakej ransangan diluluskan, ianya hanya akan membantu menaikkan harga minyak secara sementara sahaja selagi mana kes COVID-19 masih lagi merebak.

 

Mampukah minyak kekal bertahan dalam mendepani cabaran kesan pandemik ketika ini?

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *