TRADERTOWN.my

Bitcoin naik
Gambar oleh Getty Images

Bitcoin naik: Impak kerisauan pelabur terhadap inflasi

Bitcoin naik berada pada paras harga melebihi $40,000 pada hari Isnin lalu setelah mendapat sokongan tinggi daripada pelabur yang cenderung untuk memilih Bitcoin sebagai aset lindung nilai terhadap kesan inflasi yang tidak dapat dikawal oleh Rizab Persekutuan. BTC/USD naik 7.47% kepada $40,146.

Menurut Paul Tudor Jones, pengasas Tudor Investment Corp berkata bahawa dirinya gemarkan Bitcoin sebagai penambahan portfolio pelaburan.

Join channel Telegram untuk perkongsian ilmu analisis teknikal pelaburan secara percuma. Klik sini. 

Minggu lalu, data menunjukkan bahawa inflasi Amerika Syarikat (A.S) mencatatkan kadar yang tertinggi sejak tahun 2008. Tetapi pihak Persekutuan memberi jaminan bahawa risiko inflasi masih lagi terkawal setakat ini.

Sebelum ini, Rizab Persekutuan telah mengeluarkan keputusan polisi monetari dan tinjauan terhadap beberapa data penting seperti inflasi, pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh.

group support minyak

Selain daripada faktor data risiko inflasi, faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan Bitcoin ialah kenyataan daripada Elon Musk bahawa Tesla akan menerima semula transaksi menggunakan Bitcoin pada masa hadapan.

Penerimaan semula penggunaan Bitcoin dalam transaksi Bitcoin bergantung kepada jaminan penggunaan tenaga bersih sekurang-kurangnya 50% dalam urusan perlombongan mata wang kripto tersebut.

Elon Musk merupakan antara individu penting yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi harga Bitcoin setakat ini. Pada Februari lalu, Elon Musk telah mengumumkan bahawa Tesla telah membeli Bitcoin bernilai $1.5 bilion untuk simpanan perbendaharaan syarikat. Kesannya, harga Bitcoin naik kepada paras tertinggi sekitar $65,000 pada April lalu.

Kemudian, Elon Musk tiba-tiba mendedahkan bahawa Tesla telah menjual 10% Bitcoin miliknya dan menyebabkan harga BTC jatuh.

Kejatuhan harga Bitcoin turut dipengaruhi oleh penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan aktiviti pelaburan dan perlombongan kripto di China.

Namun begitu, masih terdapat pelabur yang optimis tentang hala tuju Bitcoin sebagai instrumen nilai lindung masa hadapan.

group signal

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *