TRADERTOWN.my

El Salvador picture
Gambar oleh Reuters Photo

El Salvador halalkan Bitcoin: tindakan yang tepat atau FOMO je?

Presiden El Salvador bakal menghantar usul cadangan untuk menjadikan mata wang Bitcoin sebagai tender yang sah kepada pihak Kongres minggu hadapan. Ini bagi memudahkan penduduk negara Amerika Tengah tersebut terutamanya yang berada di luar negara untuk mengirim duit kepada keluarga di tanah air.

Syarikat aplikasi pembayaran mobile, Strike menyambut baik cadangan itu dan sedia untuk memberikan kerjasama yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan berasaskan teknologi bitcoin.

Pengaplikasian mata wang digital tempatan sebagai tender yang sah dapat membantu rakyat El Salvador untuk mendapat rangkaian pembayaran yang lebih efisyen, selamat dan bersepadu di dunia.

Belajar analisis teknikal pelaburan emas dan minyak mentah secara percuma. Klik sini. 

Nayib Bukele merupakan pemimpin muda El Salvador yang popular dan terkenal sebagai seorang pemimpin yang kreatif. Beliau berpendapat bahawa rakyat El Slavador yang mencari makan di negara luar terutamanya di Amerika Syarikat (A.S) adalah kerana terpaksa disebabkan oleh keadaan ekonomi El Salvador yang tidak memberansangkan. Justeru, beliau merupakan antara pemimpin yang vokal dalam menyuarakan idea dan pendapat untuk memerangi rasuah dan jenayah bagi mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang lebih sihat di El Salvador.

Usul cadangan bagi menjaidkan Bitcoin sebagai tender yang sah juga merupakan salah satu usahanya untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam negara dengan cara menyediakan akses yang lebih mudah kepada sistem kredit, simpanan, pelaburan dan transaksi yang selamat.

group support minyak

Tambahan pula, negara Amerika Tengah itu ingin menggurangkan kebergantungannya dengan mata wang rasminya, USD dan kerugian akibat spekulasi dan kawalan Bank Pusat terhadap mata wang tersebut.

Selain itu, dengan menggunakan Bitcoin, pengirim wang daripada luar negara dapat menggurangkan kerugian akibat upah tukaran mata wang oleh orang tengah. Jadi, lebih banyak nilai dapat dimaksimakan sepenuhnya oleh pengirim mata wang kepada ahli keluarga mereka di El Salvador. Rakyat El Salvador merupakan komuniti hispanik keempat terbesar di Amerika Syarikat.

Nayib Bukele berharap agar langkah menjadikan Bitcoin sebagai tender yang sah dapat dijadikan sebagai pemula kepada sistem kewangan yang lebih maju dan selamat demi kesejahteraan rakyatnya.

group signal picture

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *