TRADERTOWN.my

minyak syal picture

Minyak syal. Jom kita kenali apa itu minyak syal.

Kita selalu dengar tentang minyak mentah dan minyak syal. Tetapi tahukah anda, kedua-dua minyak ini sebenarnya adalah berbeza walaupun kelihatan sama? Ini 5 perkara asas yang anda perlu tahu tentang minyak kebanggaan Amerika Syarikat (A.S):

 

  1. Sangat popular di Amerika Syarikat (A.S) terutama di bahagian barat Colorado dan Timur Utah.

 

  1. Terbentuk melalui pemprosesan bahan organik yang terdapat dalam batu syal. Antara proses yang terlibat dalam pengekstrakan adalah pirolisis, hidrogenasi, dan pelarutan haba.

 

  1. Proses untuk menstabilkan cecair yang berasal daripada minyak ini adalah sama dengan proses penapisan minyak mentah biasa tetapi perlu diubah suai. Ini disebabkan oleh minyak syal mengandungi molekul olefin reaktif dan memerlukan proses yang lebih rumit untuk menstabilkan hidrokarbonnya.

 

  1. A.S banyak menghabiskan wang pada sekitar tahun 1970-an dan 1980-an untuk eksplorasi dan mengkaji pengekstrakan minyak alternatif ini. Kos yang mahal dan teknologi yang canggih merupakan antara faktor utama A.S mendahului negara lain dalam penghasilan minyak syal.

 

  1. Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa minyak ini boleh dikira sebagai sintetik, tetapi kegunaannya masih lagi sama seperti minyak mentah konvensional.

 

Tidak kira minyak mentah ataupun minyak syal, kedua-dua bahan bakar fosil ini masih lagi penting dalam memacu perindustrian dan pembangunan sesebuah negara.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *