TRADERTOWN.my

kuota minyak picture
Gambar oleh REUTERS/Thomas Peter

China potong kuota import buat harga minyak kembali tergolek?

Harga minyak turun setelah China menggurangkan kuota import minyak mentahnya.

China merupakan antara negara pengimport utama minyak mentah dunia.

Pemotongan ini sedikit sebanyak berpotensi menganggu permintaan (demand) bekalan harga minyak global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 41 sen (0.5%) kepada $78.82 manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 33 sen (0.4%) kepada $76.23 setong.

Join group signal trading minyak dan emas percuma. Tanya admin di sini.

China menurunkan sehingga 11% kuota import syarikat penapisan bebas untuk kumpulan pertama tahun 2022.

Sentimen pasaran menjadi lemah berikutan kebimbangan bahawa kerajaan China dijangka mengambil tindakan lebih tegas terhadap kuota import syarikat-syarikat persendirian minyak dan gas, Teko China.

Rabu lalu, Data Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat menunjukkan inventori minyak mentah jatuh sebanyak 3.6 juta tong dalam seminggu hingga 24 Disember. Inventori gasolin dan produk penyulingan juga menurun. Ini menunjukkan peningkatan permintaan global terhadap bekalan minyak mentah.

Harga minyak global melantun semula antara 50% dan 60% pada 2021 apabila permintaan bahan api kembali meningkat ke paras pra-pandemik dan keputusan pemotongan pengeluaran minyak mentah oleh pengeluar OPEC+.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *