TRADERTOWN.my

inventori minyak
Gambar oleh Simon Dawson/Bloomberg Finance/Getty Images

Inventori Minyak Jatuh: Petunjuk Harga Minyak Naik?

Harga minyak naik semasa sesi pasaran hari Rabu setelah data inventori minyak Amerika Syarikat (A.S) menunjukkan penurunan.

Penurunan jumlah inventori minyak A.S ini adalah petunjuk kepada peningkatan permintaan minyak mentah.

Niaga hadapan Brent naik 16 sen (0.2%) kepada $79.10 manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) naik 5 sen (0.07%) kepada $ 76.03.

Join group signal trading minyak dan emas percuma. Tanya admin di sini.

Menurut data daripada Insititut Petroleum Amerika (API), minyak mentah A.S menunjukkan penurunan 3.1 juta pada minggu berakhir 24 Disember lalu.

Inventori gasolin dan stok penyulingan juga masing-masing mencatatkan penurunan 319,000 dan 716,000 tong.

Selain itu, antara faktor lain yang menyumbang kepada penurunan harga minyak ialah isu penyelenggaran dan penutupan medan minyak. Ini menyebabkan gangguan kepada bekalan minyak mentah.

Namun begitu, para pelabur dinasihatkan perlu berhati-hati kerana keputusan mesyuarat OPEC+ dijangkakan keluar pada 4 Januari.

Keputusan mesyuarat OPEC+ tersebut adalah berkenaan dengan rancangan negara anggota untuk meningkatkan penghasilan minyak sehingga 400,000 tong sehari pada bulan Februari.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *