TRADERTOWN.my

yen picture
Gambar oleh corporatefinanceinstitute.com

Yen berada pada paras terendah dalam tempoh 5 tahun!

Yen berada pada paras terendah dalam tempoh 5 tahun, ini semua kesan inflasi?

Mata wang Yen berada pada paras terendah dalam tempoh 5 tahun berbanding mata wang dolar.

Kejatuhan ini disebabkan oleh pelabur bimbang dengan tindakan Bank Jepun yang berpotensi untuk ketinggalan dalam mengetatkan polisinya di saat inflasi telah mula menghantui kebanyakkan negara di serata dunia.

Mata wang yen jatuh ke paras sokongan pada 115.50 se dolar pada hari Selasa. Kejatuhan ini melebihi paras terendah dalam tempoh 5 tahun sebelum ini iaitu 116.35 sedolar.

Purata pergerakan 200 hari (MA 200) Yen jatuh ke paras 2 bulan terendah berbanding 131.06 se Euro.

Yen juga jatuh melebihi paras 6 tahun terendah berbanding Swiss franc dan 7 minggu terendah berbanding dolar Australia.

Menurut ahli ekonomi, jumlah kes COVID-19 yang lebih tinggi di Amerika Syarikat (A.S) telah meningkatkan kebimbangan rantaian bekalan dan seterusnya menyebabkan kebimbangan terhadap inflasi yang lebih tinggi di AS.

Ini telah membawa kepada lonjakan mendadak dalam hasil Perbendaharaan AS pada hari dagangan pertama tahun ini.

Jurang A.S yang lebih besar berbanding hasil Jepun telah menyebabkan kejatuhan teruk mata wang Yen.

Selain itu, hasil dua tahun dan lima tahun AS menghampiri paras tertinggi dalam tempoh pandemik dan penanda aras hasil 10 tahun meningkat lebih daripada 14 mata asas minggu ini.

Pelabur juga sedang menantikan keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) A.S berkenaan dengan penggubalan dasar sebagai persediaan menghadapi inflasi.

Persoalannya kali ini, berjayakah Fed meningkatkan kadar bunganya dalam mengawal inflasi, lebih daripada beberapa kali tanpa memberi kesan negatif terhadap perkara lain?

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *