TRADERTOWN.my

data pekerjaan picture

Data Pekerjaan Rendah: Punca Mata Wang Dolar Turun?

Mata wang Dolar turun ke paras terendah dalam tempoh seminggu. Ini berikutan data pekerjaan sektor swasta bagi bulan Januari menunjukkan penurunan berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Indeks Dolar menurun 0.3% kepada 95.9260.

Data pekerjaan sektor swasta turun 301,000 bulan lepas. Ini bertentangan dengan jangkaan pakar ekonomi sebelum ini yang menjangkakan peningkatan 207,000 peluang pekerjaan dalam sektor swasta.

Bagi bulan Disember pula, data menunjukkan hanya penambahan 776,000 berbanding 807,000 peluang pekerjaan direkodkan sebelum ini.

Namun begitu, data tersebut tidak menghalang kemungkinan Rizab Persekutuan untuk meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi bulan Mac akan datang.

Sementara itu, mata wang Euro pula naik sedikit dalam tempoh 3 hari berturut-turut. Kenaikan ini didorong oleh zon Eropah merekodkan kenaikan inflasi yang tertinggi pada bulan lepas.

Kenaikan inflasi ini menyebabkan Bank Pusat Eropah dijangka akan meningkatkan kadar faedah lebih cepat daripada jangkaan sebagai langkah untuk mengawal situasi ekonomi tersebut.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *