TRADERTOWN.my

emas naik picture
Gambar oleh Getty

Pelabur Bimbang Dengan Inflasi: Punca Emas Naik?

Emas naik semasa sesi pagi pasaran Asia. Harga emas mencecah paras $1804.4 dan merekodkan peningkatan 0.9% dalam minggu ini. 

 

Antara faktor penyumbang kepada kenaikan emas ialah dolar yang lemah, kebimbangan terhadap peningkatan inflasi dan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Rusia berkenaan dengan isu di Ukraine.

 

Sementara itu, mata wang dolar pula merekodkan kejatuhan paling banyak sejak Mac 2020.

 

Dalam perkembangan keputusan polisi monetari pula, Bank Pusat Eropah memberi petunjuk bahawa pihaknya berpotensi untuk meningkatkan kadar faedahnya untuk tahun 2022.

 

Bank Negara England telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak 0.5% semasa penyerahan keputusan polisi monetari.  Pelabur juga sedang menantikan keputusan Bank Pusat Jepun yang akan menyerahkan keputusan polisi monetarinya pada minggu akan datang.  

 

Namun begitu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berpendapat masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa dunia sedang berhadapan dengan krisis inflasi berpanjangan.

 

Sementara itu, ketegangan antara Amerika Syarikat dan Rusia berkenaan dengan isu di Ukraine terus memuncak. Amerika Syarikat berpendapat Rusia berpotensi besar untuk menyerang Ukraine pada bila-bila masa sahaja.

 

Emas ialah antara aset safe haven dan menjadi pilihan pelabur ketika situasi tidak selamat.

 

Logam berharga lain seperti perak dan platinum masing-masing naik 0.2% dan 0.1%, manakala paladium kekal berada pada paras harga $2,325.70 seauns.

 

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *