TRADERTOWN.my

euro jatuh picture
Gambar oleh Shutterstock

Dolar Naik Tapi Euro Jatuh, Eropah Kalah Dengan Rusia?

Mata wang Dolar Amerika Syarikat naik semasa sesi pagi pasaran Asia berbanding mata wang Euro yang mencatatkan paras paling teruk berbanding Dolar dalam masa 9 bulan.

Antara punca mata wang Euro jatuh adalah peningkatan harga komoditi disebabkan oleh sekatan ekonomi terhadap Rusia.

Rusia sebelum ini telah dikenakan sekatan ekonomi daripada kebanyakkan negara barat sebagai tindak balas tidak menyokong pencerobohan negara bekas Kesatuan Soviet itu terhadap Ukraine.

Indeks Dolar Amerika Syarikat turun 0.16% kepada 97.950. Pasangan mata wang USD/JPY turun 0.09% kepada 115.36.

Data ekonomi Jepun untuk bulan Januari 2022 menunjukkan kadar pengangguran di negara itu berada pada paras 2.8% manakala nisbah peluang pekerjaan kepada permohonan pula ialah 1.2.

Pasangan mata wang AUD/USD naik 0.08% kepada 0.7335. Harga komoditi yang tinggi telah membantu mata wang Dolar Australia untuk sejak kebelakangan minggu ini.

Pasangan mata wang NZD/USD naik 0.07% kepada 0.6805.

Pasangan mata wang USD/CNY pula kekal berada pada paras 6.3204 manakala GBP/USD turun 0.02% kepada 1.3343.

Sementara itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dijangka akan meningkatkan kadar faedah untuk kali pertama sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Keputusan polisi bank pusat itu akan diberikan pada 15 Mac ini.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *