TRADERTOWN.my

gasolin amerika syarikat picture
Gambar oleh Getty Images

Harga Gasolin Amerika Syarikat Naik Ke Paras Tertinggi Sejak 2008!

Harga gasolin Amerika Syarikat melonjak naik 11% sepanjang minggu lalu ke paras tertinggi sejak Julai 2008.

Gred biasa gasolin mencecah harga $4.009 segelen. Kenaikan ini adalah 11% lebih tinggi berbanding $3.604 minggu lalu dan 45% lebih tinggi berbanding $2.760 tahun lalu.

Negeri yang mempunyai harga gasolin termahal ialah di California, Hawai, Nevada dan Oregon dengan harga masing-masing mencecah $5.288, $4.695 dan $4.526 dan $4.466 segalen.

Niaga hadapannya pula merekodkan harga $3.890 segalen.

Antara punca kenaikan harga gasolin ini adalah sekatan bekalan import minyak mentah dari Rusia oleh Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya. Sekatan ini telah menyebabkan bekalan minyak global sedikit sebanyak terganggu dan menyumbang kepada kenaikan harga gasolin juga.

Rusia merupakan negara ketiga pengeksport minyak mentah terbesar global.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *