TRADERTOWN.my

minyak mentah naik picture
Gambar oleh Andrey Rudakov/Chron.Com

Minyak Mentah Naik Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh 11 Tahun!

Harga minyak mentah naik, meneruskan rali mereka semasa hari Khamis lepas.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik setinggi $118.22 setong. Kenaikan Brent ini merupakan yang tertinggi sejak Februari 2013.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik sehingga mencecah $114.70 setong. Kenaikan WTI ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

Antara faktor peningkatan mendadak harga minyak mentah adalah sekatan ekonomi Amerika Syarikat terhadap industri penapisan minyak mentah Rusia.  Ini sekaligus menimbulkan kebimbangan pelabur terhadap stok eksport minyak mentah dan gas Rusia dalam pasaran global.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Rusia merupakan negara ketiga terbesar dalam penghasilan dan eksport minyak mentah dunia. Jumlah eksport minyak mentah dan produknya dianggarkan lebih 7.8 juta tong sehari semasa bulan Disember lepas.

Sementara itu, Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya termasuklah Rusia (OPEC+) telah membuat keputusan untuk mengekalkan peningkatan penghasilan sehingga 400,000 tong sehari untuk bulan Mac.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat pula terus menurun. Hab minyak mentah utama Cushing, Oklahoma berada pada tahap terendah sejak tahun 2018, manakala rizab strategik Amerika Syarikat jatuh ke paras terendah dalam tempoh hampir 20 tahun.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *