TRADERTOWN.my

dolar turun picture
Gambar oleh Francois Lenoir/Reuters

Dolar Turun: Pelabur Berdebar Menantikan Keputusan Bank Pusat?

Mata wang Dolar turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Hal ini berikutan pelabur sedang menantikan keputusan mesyuarat bank pusat daripada negara lain seperti Australia, United Kingdom dan Eropah.

Indeks Dolar Amerika Syarikat turun 0.11% kepada 97.155.

Para penganalisis berpendapat 90% kebarangkalian untuk terjadi kenaikan kadar faedah sebanyak 4 kali pada menjelang penghujung tahun 2022 dan 67% kebarangkalian untuk berlaku kenaikan sebanyak 5 kali.

Pasangan mata wang USD/JPY naik 0.26% kepada 115.54.

Sementara itu, pasangan mata wang NZD/USD naik 0.46% kepada 0.6564.

Pasangan mata wang AUD/USD naik 0.36% kepada 0.7011.

Para penganalisis masih sedang menantikan keputusan Bank Rizab Australia tentang program pemulihan kuantitatif pada hari Selasa dan polisi monetarinya pada hari Jumaat.

Pasangan mata wang USD/CNY pula kekal pada paras 6.3610.

Data Indeks Pengurus Pembelian Sektor Pembuatan (PMI) berada pada paras 50.1 manakala Indeks Pengurus Pembelian Bukan Sektor Pembuatan pada paras 51.1.

Pasangan mata wang GBP/USD naik 0.06% kepada 1.3412.

Bank Negara England akan bermesyuarat pada hari Khamis ini.

Pelabur menjangkakan Bank Negara England akan meningkatkan kadar faedah buat kali kedua dalam tempoh masa kurang dari 2 bulan.

Kadar inflasi di England meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 30 tahun dan bank pusat telah pun melaksanakan polisi rangsangan sejak bermula pandemik COVID-19.

Manakala Bank Pusat Eropah pula dijangkakan akan turut bermesyuarat pada hari Khamis tetapi pelabur tidak menjangkakan sebarang perubahan polisi monetari daripadanya.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *