TRADERTOWN.my

xiaomi picture
Gambar oleh fortune.com

Xiaomi Corp miliki syarikat teknologi AI, Deepmotion

Xiaomi Corp miliki syarikat teknologi AI, Deepmotion dengan harga $77.37 juta.

 

Xiaomi Corp (HKG:1810) umum pemilikan Deepmotion selepas laporan kewangan untuk suku kedua tahun ini. Kira-kira 64% kenaikan dengan nilai hampir $13.5 bilion dicatatkan untuk pendapatan syarikat.

Deepmotion diasaskan pada tahun 2014. Syarikat start-up ini memfokuskan kepada penghidupan karakter digital untuk kelihatan realistik menggunakan teknologi tangkapan gerakan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan penjejakan badan 3D masa nyata.

3D picture
Beza 2D (kiri) dan 3D (kanan)

Antara rakan niaga Deepmotion yang terkenal ialah Samsung Electronics Co Ltd (KRX: 005930), Intel Corporation (NASDAQ:INTC) dan Nvidia Corporation (NASDAQ:NVDA).

Dalam industri kereta elektrik, Deepmotion telah berjaya membangunkan perisian bantuan pemanduan untuk kereta. Perisian ini sangat penting terutamanya untuk kenderaan pandu sendiri (self-driving car).

self-driving car picture

Penjualan telefon pintar menyumbang 67.3% kepada pendapatan keseluruhan syarikat. Tetapi, Xiaomi berhasrat untuk menggurangkan kebergantungannya dengan telefon pintar dan meluaskan cabang industri kepada peranti sambungan internet canggih yang lain seperti kelengkapan rumah pintar dan kereta elektrik.

Pemilikan Deepmotion merupakan langkah awal. Syarikat gergasi teknologi China itu berhasrat untuk menguasai industri kereta elektrik pada masa hadapan. Kira-kira $10 bilion dijangka akan dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun bagi menguasai industri baru ini.

tesla picture

Namun begitu, masih terlalu awal untuk Xiaomi meletakkan harapan yang sangat tinggi. Hal ini kerana, syarikat itu masih lagi perlu berusaha gigih untuk menyaingi syarikat teknologi gergasi lain seperti Baidu Inc (HKG: 9888), Xpeng Inc (NYSE:XPEV), dan Tesla Inc (NASDAQ:TSLA).

 

group signal picture

Belajar trading global secara percuma. Join channel Telegram TRADERTOWN sekarang.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *