TRADERTOWN.my

Elektoral picture
Gambar oleh Brookings.edu

Elektoral A.S: Perkara penting yang perlu anda tahu

Tahukah anda, pilihan raya A.S adalah unik kerana rakyat tidak mengundi secara terus bagi memilih Presiden negara mereka? Tetapi mereka menggunakan sistem penggundian secara elektoral menerusi Electoral College.

Electoral College diasaskan pada 1787 semasa Konvensyen Perlembagaan di Philadephia. Pengasas A.S, Founding Fathers berharap agar usaha ini dapat membendung parti politik yang terlampau berpuak dan berkuasa.

Mereka inginkan suatu mekanisma yang tidak bergantung sepenuhnya kepada undian majoriti popular atau kongres.

Jadi, sebenarnya apabila rakyat A.S keluar mengundi dalam pilhan raya, mereka sebenarnya mengundi untuk sekumpulan pegawai (elektoral) yang merupakan sebahagian daripada Electoral College.

Perkataan college ini bukanlah kolej seperti zaman sekarang tetapi bermaksud sekumpulan orang yang berkongsi tugas yang sama. Tugas mereka adalah memilih Presiden dan Timbalan Pesiden! Mereka berjumpa setiap 4 tahun, beberapa minggu selepas hari penggundian untuk menjalankan tanggungjawab besar ini.

Bagaimana sistem ini berfungsi? Jumlah elektor adalah bergantung kepada saiz populasi sesebuah negeri. Setiap negeri mendapat jumlah yang sama banyak dengan jumlah wakil di Rumah Putih dan Senator.

California merupakan negeri yang mempunyai jumlah elektor terbesar dengan 55 sementara Wyoming, Alaska, Dakota Utara dan Washington DC mempunyai jumlah paling minimum iaitu 3.

Walaupun sistem ini mungkin agak asing bagi kita, tetapi ianya merupakan suatu kebanggaan kepada rakyat A.S. Hal ini kerana, suara negeri yang kecil akan lebih didengari berbanding jika menggunakan sistem undian popular. Negeri di bahagian selatan yang kebanyakkannya terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa juga gemar sistem ini kerana mereka merupakan sebahagian besar daripada penyumbang terbesar undian elektoral.

Jumlah keseluruhan elektoral adalah 538 dan calon bertanding perlu memenangi majoriti 270 undian untuk memenangi jawatan Presiden A.S.

Secara umumnya, negeri menganugerahkan kesemua jumlah undian Electoral College sekiranya calon elektoral itu memenangi undian majoriti di negeri itu kecuali di Maine dan Nebraska.

Contohnya, calon memenangi 50.1% undian di Texas, maka dia akan mendapat kesemua 38 undian elektoral. Jadi, tidak mustahil seseorang itu boleh menjadi Presiden A.S walaupun mendapat undian yang rendah secara keseluruhan.

Ini adalah antara faktor calon Presiden A.S akan mengharapkan negeri swing untuk memberikan mereka undian berbanding berusaha keras untuk memenangi hati seluruh rakyat A.S.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *