TRADERTOWN.my

Emas naik picture
Gambar oleh Evan Fucci

Emas naik, Trump gesa keputusan pilihan raya dikaji semula?

Emas naik pada hari Rabu semasa sesi Asia setelah jatuh sebelum ini. Harapan untuk pakej ransangan COVID-19 Amerika Syarikat (A.S) melemahkan kembali Dolar A.S dan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang membimbangkan menyumbang kepada peningkatan harga emas ini.

Niaga hadapan emas naik sebanyak 0.03% kepada $1,877.

Memandangkan kesan pandemik COVID-19 masih lagi meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan sosial masyarakat, rakyat A.S sangat berharap agar pakej ransangan COVID-19 yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya tempoh hari akan dapat dilaksanakan.

Mengulas perkara ini, Ketua Rizab Persekutuan A.S menegaskan bahawa bantuan kerajaan adalah penting untuk membantu ekonomi A.S pada masa yang sukar. A.S merupakan antara negara besar yang teruk terkesan dengan pandemik COVID-19.

Program ransangan kewangan kebiasaanya akan merendahkan nilai Dolar A.S tetapi menyokong kenaikan emas.

Kelembapan ekonomi A.S dapat dilihat apabila data jumlah pekerjaan yang dikeluarkan U.S. JOLTs Job Openings adalah lebih rendah berbanding jumlah yang dianggarkan.

Beberapa negeri di A.S, termasuklah Califronia telah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang lebih ketat sebagai tindakan respon terhadap peningkatan kes jangkitan COVID-19. Yang semakin membimbangkan.

Perkara ini disokong oleh data penyelidikan yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins menunjukkan A.S mempunyai jumlah kes jangkitan sebanyak 10.2 juta. Jumlah ini menjadikan negara itu satu per lima penyumbang terbesar kepada kes seluruh dunia.

Walaupun berita penemuan vaksin dikeluarkan pada hari Isnin lalu menunjukkan peningkatan positif terhadap perkembangan pencarian penawar bagi virus ini, tetapi kebanyakkan pelabur berpendapat masih awal untuk masyarakat dunia bergembira.

Hal ini kerana masih banyak lagi proses yang perlu dipenuhi oleh vaksin itu termasuklah isu logistik sebelum dikomersialkan.

Lonjakan harga emas juga didorong oleh faktor keadaan semasa politik A.S. Donald Trump enggan menerima keputusan pilihan raya presiden dan membuat pelbagai tuduhan penipuan dan tidak percaya.

Situasi ini seolah-olah memberi gambaran proses peralihan kuasa tidak dapat berjalan dengan lancar dan merisaukan pasaran global.

Tetapi, kerisauan ketidaktentuan pasaran merupakan suatu kelebihan kepada aset safe-haven seperti emas.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *