TRADERTOWN.my

Emas picture
Gambar oleh Reuters

Emas jatuh, Trump masih berteka-teki

Perjalanan lancar emas selama 3 hari diragut pada hari Khamis apabila A.S Dolar bangkit daripada kejatuhannya dan rundingan yang berterusan antara Rumah Putih dan pembuat undang-undang Demokrat tentang pelan pemulihan COVID-19 menjelang pilihanraya Amerika Syarikat (A.S).

 

Emas A.S selesai pada $1,904.60, jatuh $24.90 (1.3%) berbanding sebelum ini. Dalam sesi dagangan sebelum ini, emas naik 1.3% didorong oleh harapan terhadap perkembangan pakej ransangan sebelum pilihanraya presiden pada 3 November meningkatkan lagi permintaan.

 

Emas dianggap sebagai perlindungan terhadap inflasi dan biasanya meningkat sekiranya terdapat defisit fiskal atau perkembangan kewangan. Emas spot, yang mewakili masa nyata dan didagangkan dalam bentuk bullion, jatuh $20.10 (1%) pada $1,904.49.

 

Indeks Dolar, menaik sebanyak 0.4% kepada 92.97 selepas jatuh selama 7 minggu pada 92.46 pada hari Rabu. Kebiasaanya, emas akan bergerak secara bertentangan dengan A.S Dolar.

 

Walaupun masih lagi dalam proses rundingan, namun harapan untuk kelulusan pakej ransangan kelihatan semakin pudar tatkala pertikaian yang berterusan antara Rumah Putih dan Demokratik.

 

Kongres sebelum ini meluluskan ransangan Coronavirus Aid, Relief and Economic Security (CARES) pada Mac lalu, mengeluarkan sebanyak kira-kira $3 trilion sebagai perlindungan kepada gaji pekerja, pinjaman dan geran untuk perniagaan dan bantuan peribadi bagi warganegara dan penduduk yang layak.

 

Demokrat berdepan kebuntuan apabila Parti Republican yang diketuai oleh Presiden Donald Trump berjaya dalam pemberian pakej CARES itu. Pertikaian banyak berkisar tentang jumlah bantuan seterusnya memandangkan ketika ini ramai rakyat Amerika terutamanya yang bekerja di sektor penerbangan kehilangan pekerjaan.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *