TRADERTOWN.my

emas turun picture
Gambar oleh Getty Images

Emas Turun, Pelabur Kembali Resah Menanti Keputusan Bank Pusat?

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Penurunan ini adalah yang terendah dalam tempoh seminggu. Niaga hadapan emas turun 1.01% kepada $1,940.95.

Hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat pula merekodkan kenaikan tertinggi dalam tempoh dua tahun. Pelabur menjangkakan bank pusat akan menaikkan kadar faedahnya untuk kali pertama dalam tempoh 3 tahun.

Sementara itu, Bank England akan menyerahkan keputusan polisinya pada hari Khamis, manakala Bank Jepun pula akan menyerahkan keputusan polisinya pada hari Jumaat.

Bank Rakyat China pula menunjukkan keputusan yang mengejutkan apabila mengekalkan kemudahan pinjaman jangka sederhana satu tahun pada 2.85%.

Selain itu, logam berharga lain seperti platinum turun 0.1% manakala perak turun 0.4%.

Paladium pula turun 1% kepada  $2,363.06 seauns. Penurunan ini adalah 15% lebih banyak berbanding sesi sebelumnya.

Antara punca penurunan paladium ini adalah kebimbangan pelabur berkenaan dengan bekalan paladium semakin berkurangan. Hal ini berikutan kenyataan daripada pemegang saham terbesar syarikat Nornickel, Vladimir Potanin memberi jaminan syarikat itu telah berjaya mencari jalan alternatif untuk memudahkan penghantaran bekalan paladiumnya.

Nornickel adalah salah sebuah syarikat terbesar Rusia dalam perlombongan paladium dan nikel.

Syarikat Rusia akan dibenarkan untuk menyambung semula operasi penjualan paladium dan platinum mereka di London.

Sebelum ini, paladium merekodkan harga setinggi $3,440.76 berikutan kebimbangan pelabur terhadap kelangsungan bekalan bahan logam berharga itu.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *