TRADERTOWN.my

ekonomi picture
Gambar oleh poundsterlingforecast.com

Ekonomi China Maju Punca AUD Pula Naik?

Mata wang Dolar Australia naik semasa sesi pasaran hari Rabu setelah pelabur menjangkakan China bakal mengadakan pakej ransangan untuk menyokong ekonomi pasaran sahamnya.

Dolar Australia naik 0.34% kepada $0.7223.

Dolar Australia naik apabila keadaan ekonomi China kelihatan bagus kerana 30% daripada eksport Australia adalah ke negara China.

Selain itu, kenaikan Dolar Australia juga banyak bergantung kepada peningkatan harga komoditi. Hal ini kerana Australia merupakan negara pengeksport utama dunia untuk komoditi seperti arang batu, uranium, emas dan lain-lain.

Sementara itu, Dolar Amerika Syarikat berbanding Yen Jepun pula didagangkan pada paras tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh 3 tahun.

Bank Jepun dijangka akan melonggarkan sedikit polisi monetarinya pada hari Jumaat ini untuk menyokong Yen Jepun.

Manakala mata wang Euro pula dilihat naik sedikit daripada kejatuhannya dalam tempoh 22 bulan sebelum ini. Antara penyumbang kepada kenaikan kecil Euro adalah potensi perkembangan rundingan antara Rusia dengan Ukraine.

Mata wang Sterling pula naik 0.08% kepada $1.305. Bank England akan mengumumkan keputusan polisinya pada hari Khamis dengan pelabur menjangkakan kenaikan kadar faedah.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *