TRADERTOWN.my

minyak Asia Tenggara picture
Gambar oleh petronas.com

Giliran Asia Tenggara pula tingkatkan penghasilan minyak mentah!

Negara Asia Tenggara iaitu Brunei dan Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman secara formal untuk membangunkan medan minyak di sempadan maritim kedua-dua buah negara bagi membolehkan lebih banyak eksplorasi laut dalam dapat dilakukan dengan lebih lancar.

Kedua-dua buah kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan medan minyak luar pesisir, Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus Timur. Syarikat minyak yang terlibat ialah PETRONAS dan Sekretariat Penyatuan Nasional Brunei (BNUS).

Gumusut-Kakap mempunyai 19 buah telaga bawah laut dan lokasi sempadan maritim ini berpotensi untuk menyediakan peluang pembangunan industri minyak yang mampan buat kedua-dua buah negara.

 

group support minyak

 

Malaysia dan Brunei juga dijangka akan menandatangani memorandum persefahaman berkaitan kerjasama  pengangkutan di kawasan tersebut. Hal ini bagi menjamin keselamatan, sistem pengangkutan pintar dan logistik yang lebih baik. Selain itu, kedua-dua buah negara Asia Tenggara itu juga dijangka akan meningkatkan lagi kerjasama bagi membangunkan sumber gas asli.

Sebelum ini, Brunei turut mengumumkan pelan untuk meningkatkan penghasilan minyak mentah sebanyak tiga kali ganda untuk lima tahun akan datang memandangkan syarikat minyak Brunei Shell Petroleum (BSP) sudah memulakan ekplorasi penggerudian telaga laut dalam di Merbah Deep-1 dan Jagus Subthrust-1.

Belajar asas analisis teknikal saham secara percuma. Klik sini.

Syarikat minyak Brunei Shell Petroleum (BSP) mempunyai kepentingan yang signifikan dalam minyak Brunei sejak penemuan minyak kali pertama di Seria, Brunei pada tahun 1929. Brunei merupakan antara negara yang terkaya jika dibandingkan dengan jumlah penduduknya dan eksport minyak mentah merupakan sumber pendapatan utama negara tersebut.

Brunei mensasarkan untuk meningkatkan penghasilan minyak mentah nasional daripada 105,100 tong sehari pada tahun 2020 kepada 350,000 sehari menjelang tahun 2025.

Kerjasama eksplorasi laut dalam Brunei dan Malaysia ini berpotensi untuk memajukan lagi industri gas dan minyak Asia Tenggara.

 

group signal

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *