TRADERTOWN.my

perpaipan minyak mentah picture
Gambar oleh Pixabay

Kerjasama perpaipan minyak mentah: betul ke untung?

Tanzania dan Uganda telah menandatangani perjanjian untuk kerjasama perpaipan minyak mentah bernilai $3.5 bilion. Sistem perpaipan ini akan membawa minyak daripada Uganda kepada persisiran Tanzania untuk memudahkan pasaran antarabangsa. Perjanjian ini turut disertai oleh syarikat gergasi minyak iaitu Total dan CNOOC.

Total dan CNOOC adalah operator untuk medan minyak Uganda.

 

Belajar analisis teknikal untuk pelaburan saham minyak mentah dan global secara percuma. Klik sini.

 

Projek Perpaipan Minyak Mentah Timur-Asia (EACOP) melibatkan pembinaan perpaipan sepanjang 1443 kilometer yang akan membawa minyak dari Uganda ke Pelabuhan Tanga di Tanzania. Total East Africa Midstream iaitu anak syarikat kepada Total merupakan pemaju projek tersebut. Total akan terus meneroka sumber minyak dan gas asli di Afrika buat masa ini walaupun bertentangan dengan sasaran syarikat besar dari Perancis itu untuk menjadi sebagai sebuah entiti perniagaan yang sifar pencemaran di Eropah menjelang tahun 2050.

 

Buka akaun trading global secara percuma. Klik sini.

 

Medan minyak Uganda menghasilkan lebih 1 bilion tong minyak mentah sehari dengan kos pembangunan $5.1 bilion.

 

group support minyak

 

Sebenarnya Projek Perpaipan Minyak Mentah Timur-Asia (EACOP) sudah lama terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disebabkan oleh banyak pihak yang terlibat tidak berjaya mencapai kata sepakat. Projek perpaipan tersebut merupakan projek mega infrastruktur yang terpanjang untuk pengangkutan minyak mentah yang dipanaskan.

Namun begitu, perkembangan ekonomi menerusi kerjasama industri minyak mentah antara Uganda dan Tanzania ini turut mendapat tentangan daripada masyarakat setempat. Disebabkan ianya adalah projek mega, banyak puak aktivis alam sekitar tidak bersetuju dengan penerusan projek ini. Hal ini kerana, mereka berpendapat bahawa projek ini akan memberi ancaman terhadap kepelbagaian bio, sumber air dan masyarakat setempat.

Mereka juga mendakwa bahawa projek itu tidak akan memberikan pulangan kewangan yang setimpal dengan kerosakan iklim dan alam sekitar yang terpaksa dikorbankan. Seramai 260 organisasi telah menulis surat terbuka kepada 25 bank untuk mengesa agar pihak bank tidak terlibat dalam pemberian pinjaman bernilai $2.5 bilion untuk pelaksanaan projek EACOP.

Pada masa yang sama, pihak pemaju turut memberi jaminan bahawa mereka akan mengikut garis panduan penjagaan alam sekitar yang ketat dalam pembangunan projek perpaipan mega ini. Tetapi persoalannya, sejauh manakah janji ini ditepati?

 

group signal

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *