TRADERTOWN.my

stok gasolin picture
Gambar oleh GETTY IMAGES

Syarikat penapisan kejar target punca stok gasolin meningkat mendadak?

Harga minyak jatuh setelah peningkatan yang besar dalam stok gasolin Amerika Syarikat (A.S). Peningkatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa permintaan minyak mentah yang membimbangkan daripada pengguna A.S.

Harga minyak mentah Brent turun 36 sen kepada $62.80 (0.6%) setong manakala minyak mentah A.S pula jatuh 38 sen kepada $59.39 (0.6%) setong.

 

Dapatkan signal dan pembelajaran dalam perdagangan minyak mentah dan global secara percuma. Klik sini.

group signal picture

 

Walaupun data inventori minyak mentah A.S menunjukkan penurunan berbanding jangkaan penganalisis, tetapi agak aneh apabila data inventori gasolin pula menunjukkan peningkatan mendadak yang mana berbeza daripada jangkaan penganalisis.

Inventori minyak mentah jatuh 3.5 juta tong minggu lepas kepada 502 juta tong, manakala stok gasolin naik 4 juta tong. Tetapi kenaikan mendadak stok gasolin ini akhirnya terjawab apabila kebanyakkan syarikat penapisan bertindak untuk mengejar sasaran penghasilan sebelum musim panas.

Pada masa yang sama, penghasilan minyak mentah dunia turut meningkat apabila Rusia menaikkan pengeluaran mereka untuk bulan April ini.

 

Belajar asas teknikal analisis saham secara percuma. Klik sini.

 

Namun begitu, Tabung Kewangan Dunia (IMF) berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi tahun ini bakal meningkat, disumbang oleh perbelanjaan orang awam dalam membendung penularan COVID-19 seperti pembelian barang runcit makanan dan kesihatan yang lebih banyak.

Pertumbuhan ekonomi yang bagus akan membantu meningkatkan permintaan terhadap minyak mentah dan produknya, secara tidak langsung dapat membantu menggurangkan timbunan stok bahan bakar itu.

 

group support minyak

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *