Harga minyak naik semasa sesi pasaran. Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 1.9% kepada $99.86 setong manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 1.7% kepada $96.76 setong.
Antara faktor kenaikan ini adalah setelah Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan minyak mentah berpotensi akan berkurang kira-kira 3 juta tong sehari. Hal ini berikutan daripada sekatan bekalan minyak mentah dan produk penapisan daripada Rusia.
Selain itu, sentimen juga disokong oleh polisi China untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi dan menggalakkan pasaran kewangan. Tambahan pula, kes COVID-19 yang semakin berkurangan di China memberi harapan kepada sektor perindustrian untuk menjadi lebih rancak.
Kerancakan ekonomi terutamanya sektor perindustrian China menjadikan permintaan minyak mentah meningkat. Namun begitu, bekalan minyak mentah global yang berkurangan menjadikan harga bahan bakar tersebut meningkat.
Mampukah negara lain terus bertahan dengan kenaikan harga minyak disebabkan oleh impak krisis Rusia-Ukraine yang semakin berterusan?