TRADERTOWN.my

dolar picture
Gambar oleh Onur Coban/Anadolu Agency/Getty Images

Dolar Sendu, Pelabur Masih Menanti Keputusan Fed

Dolar Amerika Syarikat (USD) turun menghampiri ke paras terendah dalam 1 minggu berbanding 6 mata wang lain.

Kejatuhan Dolar A.S ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada minggu ini.

Mata wang Euro pula menunjukkan sedikit kenaikan kerana pelabur kekal optimis terhadap penamatan krisis geopolitik di Ukraine meskipun rundingan damai antara Moscow dan Kyviv masih lagi belum memberikan sebarang kata putus.

Sentimen geopolitik ini juga bertambah baik apabila Rusia telah membayar hutang kadar faedah bon negara bagi mengelakkan negara bekas Kesatuan Soviet itu mengalami lebih banyak kerugian.

Namun begitu, pelabur masih perlu berhati-hati tentang risiko keadaan geopolitik akan kembali tegang. Hal ini kerana, Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada China agar tidak memberi sebarang bantuan kepada Rusia jika tidak mahu dikenakan sebarang sekatan ekonomi.

Sementara itu, mata wang Yen pula didagangkan menghampiri ke paras terendah dalam tempoh 6 tahun. Bank Jepun dilihat tidak mengambil sebarang langkah proaktif dalam menentukan polisi monetarinya untuk meredakan situasi ekonomi pasca-pandemik Covid-19.

Pelabur dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan pasaran kewangan tidak menentu disebabkan oleh krisis geopolitik dan potensi kenaikan kadar faedah bagi mengawal inflasi.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *