TRADERTOWN.my

autopilot picture
Gambar oleh rennacs.com

Insiden kemalangan kereta autopilot, mampukah Tesla terus bertahan?

Tesla Model 3 rempuh kereta peronda

Sebuah kereta Tesla dalam mod autopilot dilaporkan terlibat dalam kemalangan. Kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi di Orlando, Florida Amerika Syarikat.

Tesla Model 3 dilaporkan telah merempuh sebuah kereta peronda dan sebuah Mercedes.

Semasa kejadian, anggota peronda tersebut telah memberhentikan kereta perondanya untuk membantu sebuah kereta Mercedes yang sedang mengalami kerosakan di lebuh raya.

Kereta peronda diletakkan di belakang Mercedes tersebut dan lampu kecemasan dinyalakan sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun malang tidak berbau, sebuah kereta Tesla Model 3 tiba-tiba melanggar kereta peronda dan Mercedes tersebut.

Mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden terbabit.

Kemalangan melibatkan model Tesla

Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional (NHTSA) Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya 12 kemalangan direkodkan sejak 2018.

Kemalangan tersebut melibatkan kereta Tesla dengan kenderaan kecemasan seperti ambulans, kereta peronda dan lain-lain. Dalam kebanyakkan insiden, kemalangan berlaku pada waktu gelap.

Tetapi, terdapat pelbagai langkah berjaga-jaga telah diletakkan semasa kejadian seperti lampu kecemasan kenderaan, suar, papan tanda kecemasan berlampu dan kon merah.

Penyiasatan terhadap 12 kes kemalangan Tesla termasuk yang meragut nyawa pada April yang lalu melibatkan semua model autopilot Tesla iaitu Model S, Model X, Model 3 dan Model Y.

NHTSA menggesa agar Tesla mengemukakan jawapan terhadap 11 muka surat panjang yang mengandungi soalan siasatan kemalangan melibatkan mod autopilot.

Sekiranya Tesla gagal memberi jawapan sebelum 22 Oktober ini, syarikat itu bakal berdepan dengan denda sivil sehingga $115 juta.

Pemanduan autopilot

Walapun mempunyai mod pemanduan autopilot, namun, Tesla menasihatkan agar pemandu kekal fokus semasa pemanduan.

Menurut pakar, meskipun teknologi autopilot yang digunakan canggih, tetapi kawalan manusia terhadap pemanduan masih lagi diperlukan.

Hal ini kerana, ada sesetengah situasi kecemasan memerlukan tindakan refleks semulajadi manusia. Kecanggihan teknologi masih lagi terbatas dalam situasi yang memerlukan respons segera seperti ini.

 

Bagaimana dengan nasib saham Tesla?

Adakah saham Tesla Inc (NASDAQ:TSLA) akan terkesan? Atau pelabur masih yakin dengan kemampuan Tesla untuk mengatasi isu ini?

 

Dapatkan harga promosi untuk kelas saham global. Tanya admin di sini.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *