TRADERTOWN.my

buy now pay later picture
Gambar oleh Shutterstock

Buy Now Pay Later: PayPal beli Paidy Inc dengan harga $2.7 bilion

PayPal Holdings Inc (NASDAQ:PYPL) akan mengambil alih Paidy Inc dengan harga $2.7 bilion tunai.

 

Paidy ialah syarikat perkhidmatan kewangan di Jepun yang menawarkan servis Buy Now Pay Later.

Pengambilalihan ini dilakukan untuk menguasai pasaran kewangan Jepun terutamanya dalam sektor e-dagang.

Sebelum ini, pesaing PayPal, Square Inc (NYSE:SQ) telah membeli Afterpay Ltd (ASX:APT) dengan harga $29 bilion. Afterpay ialah syarikat seperti Paidy tetapi beribu pejabat di Australia.

Buy Now Pay Later (BNPL)

Buy Now Pay Later semakin popular. Ramai pengguna mula beralih kepada perkhidmatan ini. Hal ini kerana lebih mudah untuk mendapatkan barang yang diingini walaupun pada bajet yang kecil.

Firma kredit alternatif seperti Paidy dan Afterpay menjana keuntungan menerusi cas yang dikenakan kepada peniaga yang ada menawarkan pembayaran secara ansuran.

buy now pay later picture

Tetapi, tiada sebarang faedah dikenakan kepada pembeli sekiranya mereka memilih untuk melakukan pembayaran secara ansuran itu.

Syarikat besar seperti Goldman Sachs Group Inc (NYSE:GS) dan Apple Inc (NASDAQ:AAPL) juga dikhabarkan bakal menembusi pasaran perkhidmatan BNPL.

goldman sachs picture

Sebelum ini, PayPal meningkatkan pemilikan sahamnya dalam syarikat fintech Australia seperti Sezzle Inc (ASX:SZL) dan Zip Co Ltd (ASX:Z1P).

Ini adalah sebahagian daripada usaha PayPal untuk meluaskan pengaruhnya dalam pasaran Australia.

Gelombang e-dagang yang semakin berkembang pesat sudah pasti memberikan seribu satu kelebihan kepada syarikat gergasi penyedia perkhidmatan kewangan seperti PayPal.

Belajar saham global dengan TRADERTOWN. Klik sini. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *