TRADERTOWN.my

Gambar oleh Getty Images

Permintaan minyak mentah Asia: mampukah Kemboja bersaing?

Permintaan minyak mentah Asia yang dijangka meningkat lebih tinggi tahun ini mendorong Kemboja untuk cuba mengambil peluang dengan mengeluarkan minyak mentah pertamanya  daripada medan minyak di Teluk Thailand melalui kerjasama dengan syarikat dari Singapura, KrisEnergy Ltd. Sebelum ini, pelan kerjasama itu telah ditangguhkan selama beberapa tahun.

Menurut Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan bahawa manfaat utama sekiranya Kemboja meneruskan penghasilan minyak bermula tahun 2021 adalah dapat meningkatkan pendapatan kerajaan dan juga manfaat ekonomi seperti peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi pembangunan industri minyak mentah di negara itu.

Sebelum ini, jalinan kerjasama antara kerajaan Kemboja dan syarikat KrisEnergy Ltd bermula pada tahun 2017 dengan kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian untuk membangunkan kira-kira 3,083 kilometer persegi di Lembangan Khmer yang terletak di Teluk Thailand atau dikenali sebagai Blok A. Projek ini disasarkan untuk menjana pendapatan $500 juta semasa fasa pertama dengan kadar penghasilan 7,500 juta barel sehari.

Sementara itu, KrisEnergy Ltd banyak terlibat dalam pelbagai projek pembangunan di Asia termasuklah di Bangladesh, China, Vietnam, Indonesia dan Thailand bertujuan untuk memenuhi permintaan minyak mentah Asia. Syarikat itu bercadang untuk meningkatkan kira-kira 95% pemilikan saham di Blok A. Sebelum ini KrisEnergy Ltd telah membeli kepentingan Chevron Corp di zon tersebut bernilai $65 juta pada tahun 2014.

 

group support minyak

 

Sebenarnya, minyak di kawasan tersebut telah ditemui oleh syarikat minyak gergasi milik Amerika Syarikat (A.S), Chevron Corp. pada tahun 2004. Tetapi, Chevron Corp tidak berjaya mencapai kata sepakat dengan kerajaan Kemboja untuk membangunkan industri minyak di kawasan tersebut. Tambahan pula, beberapa syarikat besar tidak berani untuk melabur dalam eksplorasi minyak pada kejatuhan harga minyak yang teruk tahun 2014.

Projek ini nampak agak berisiko kerana penghasilan minyak mentah dijalankan di tengah-tengah kemelut dunia bergelut untuk keluar daripada krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19. Tetapi, kerajaan Kemboja optimis dan yakin dengan pulangan yang akan diperoleh untuk jangka masa panjang sekiranya projek minyak ini dijalankan dengan segera.

Program penggerudian minyak mentah dijangka akan selesai menjelang Februari 2021. Ekplorasi dan penghasilan minyak mentah di Blok A akan dijalankan secara berfasa untuk membolehkan data dikumpul dan diakses supaya potensi risiko dapat dinilai dengan lebih teliti.

 

kelas saham

 

Buat masa ini, penghasilan sumber tenaga Kemboja disumbangkan daripada 44% penghasilan arang batu dan 45% tenaga hidro. Kemboja berhasrat untuk meningkatkan penghasilan tenaga daripada arang batu sebanyak 3 kali ganda tetapi tindakan Kemboja ini menjadikan negara itu kurang mendapat sokongan daripada syarikat antarabangsa yang mempunyai kilang di negara tersebut. Hal ini kerana, kebanyakkan syarikat ini berpendapat bahawa Kemboja tidak mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa dari segi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Sementara itu, di negara jirannya pula, Vietnam sedang giat membangunkan penghasilan tenaga solar yang berpotensi untuk menjadikan Vietnam sebagai tarikan utama kepada jenama antarabangsa untuk melabur dan membuka kilang di situ.

Jadi, apabila wujud kerjasama antarabangsa seperti syarikat KrisEnergy Ltd ini dalam ekplorasi minyak mentah, adakah akhirnya Kemboja mampu untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa industri tenaga mereka mempunyai potensi yang cerah?

Nak buat keuntungan dengan pelaburan minyak mentah global? Klik sini. 

 

group signal picture

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *