TRADERTOWN.my

Joe Biden picture
Gambar oleh Getty Images

Joe Biden: Anugerah atau bala kepada industri minyak?

Kemenangan Joe Biden menambahkan kerisauan Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) apabila menjangkakan akan ada halangan dalam mengawal rakan sekutu OPEC+. OPEC rindu dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (A.S) sebelum ini yang membantu dalam pemotongan pengeluaran minyak mentah walaupun pada masa yang sama sering mengkritik kredibiliti OPEC.

Joe Biden dijangka akan mengubah hubungan diplomatik antara A.S dengan 3 lagi buah negara OPEC, iaitu Arab Saudi, Iran dan Venezuela. Ini termasuk juga dengan Rusia yang merupakan ketua bagi rakan sekutu OPEC, iaitu OPEC+.

Sebelum ini, semasa pentadbiran Donald Trump, A.S mengenakan sekatan terhadap Iran dan Venezuela. Akibat tindakan Trump ini, berjuta pengeluaran minyak mentah dapat dipotong. Pemotongan minyak mentah ini sekurang-kurangnya dapat membantu mengawal semula harga pasaran minyak mentah.

Tetapi dengan Biden sebagai Presiden ketika ini, berkemungkinan besar beliau akan melonggarkan sekatan ini dan menyukarkan OPEC dalam menyeimbangkan antara pengeluaran dan permintaan minyak mentah dunia.

Walau bagaimanapun, kelonggaran sekatan itu masih lagi belum tentu meskipun Biden mengatakan bahawa beliau lebih suka diplomasi secara multilateral berbanding sekatan unilateral seperti yang sering dilakukan oleh Trump. Dalam kempen pilihan rayanya, Biden memberi jaminan akan kembali kepada Perjanjian Nuklear Iran 2015 sekiranya Tehran kembali mematuhi perjanjian itu.

Sebelum ini, Trump telah menghentikan perjanjian itu pada tahun 2018, sebaliknya menggantikan pula dengan sekatan terhadap eksport minyak mentah terhadap Iran. Tetapi, OPEC kelihatan lega dengan tindakan Trump ini kerana mereka bimbang jumlah pengeluaran minyak mentah dari Iran yang tidak dikawal akan menyebabkan kesan terlebih bekalan. Sekiranya bekalan terlebih, harga minyak mentah akan terpaksa dikurangkan lagi.

Menurut sumber daripada OPEC, selain itu risiko untuk Rusia meninggalkan organisasi tersebut adalah tinggi dan akan menyebabkan negara tersebut tidak lagi terikat dalam perjanjian pemotongan bekalan minyak mentah.

Sebelum ini, bekas Presiden A.S, Trump yang bertanggungjawab dalam melibatkan Rusia untuk menjadi sebahagian daripada OPEC. April lalu, Trump terlibat dalam rundingan bersama OPEC dan Arab Saudi bersama-sama OPEC+ yang diketuai oleh Rusia dalam perjanjian pemotongan bekalan minyak mentah dalam usaha mendepani cabaran kekurangan permintaan disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19.

Tujuan murni Trump ini adalah untuk meningkatkan harga minyak mentah global dan mengelakkan kebankrupan serta kehilangan berjuta pekerjaan dalam industri tenaga A.S seperti minyak syal. Namun ketika itu, Trump bukanlah Presiden kegemaran buat aktivis alam sekitar yang seringkali menyalahkan industri petroleum sebagai penyumbang kepada pemanasan global.

Mengulas pandangan bekas Presiden OPEC, Chakib Khelil menyifatkan Biden lebih bergantung kepada penasihatnya berbanding Trump yang lebih gemar menguruskan sendiri walaupun hal kecil.

Namun, terdapat juga sumber lain daripada Teluk yang memberi jaminan kempen Biden dalam mengkritik Arab Saudi tidak akan menjejaskan hubungan dua hala negara itu kerana mereka telah lama berkerjasama berdekad lamanya.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *