TRADERTOWN.my

rizab picture
Gambar oleh Reuters

China lepaskan rizab diesel, gasolin: Punca harga minyak turun?

Harga minyak mentah turun semasa sesi pagi pasaran Asia.

Ini disebabkan oleh tindakan China yang melepaskan rizab diesel dan gasolin bagi meningkatkan pengeluaran tenaganya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 0.06% kepada $83.67 manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 0.29% kepada $83.33.

Menurut Jabatan Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara China (NFSRA), rizab itu dikeluarkan untuk meningkatkan bekalan pasaran dan menyokong kestabilan harga.

China adalah pengimport utama minyak dunia.

Antara isu lain yang ditunggu oleh pelabur:

Mesyuarat OPEC+

OPEC+ picture
Foto : dailyfx.com

Setakat ini, pelabur sedang menyesuaikan kedudukan selepas berita China melepaskan rizab bahan bakar lebih awal daripada mesyuarat Organisasi Negara Pengeskport Petroleum (OPEC+).

Pelabur sedang menunggu keputusan mesyuarat OPEC+ sama ada negara-negara pengeksport minyak itu akan mengekalkan atau menambahkan jumlah pengeluaran minyak mentahnya iaitu sebanyak 400,000 tong sehari.

Ini memandangkan terdapat peningkatan terhadap permintaan minyak global sejak minggu lalu.

Mesyuarat G20

G20 picture
Foto : g20.org

Sementara itu, dalam mesyuarat Kumpulan 20 (G20) di Rom, keputusan negara ahli masih kekal untuk mengehadkan penggunaan bahan bakar fosil. Tujuan penggurangan bahan bakar fosil adalah untuk menjaga kelestarian alam sekitar.

Keputusan ini ternyata menghampakan para pelabur kerana permintaan terhadap minyak mentah bakal terkesan.

Rundingan nuklear Iran

nuklear Iran picture
Foto : AFP

Pelabur juga sedang menimbang kemungkinan untuk rundingan nuklear antara Iran dan negara kuasa dunia lain seperti Eropah yang dijangka pada awal November.

Sekiranya rundingan nuklear ini berjalan lancar, maka eksport minyak boleh berjalan seperti biasa semula. Ini dapat meningkatkan harga minyak kerana permintaan kembali bertambah berbanding pengeluaran.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *