TRADERTOWN.my

Tesla picture
Gambar oleh REUTERS/Aly Song

Tesla labur $188 juta untuk besarkan kilang di China

Tesla Inc (NASDAQ:TSLA) bercadang untuk melabur $187.91 juta bagi mengembangkan kapasiti penghasilan kilangnya di Shanghai, China.

 

Perkembangan kapasiti ini akan memberi peluang pekerjaan baru sekurang-kurangnya seramai 4,000 orang dalam kawasan tersebut.

 

Kilang itu direka khas untuk menghasilkan sehingga 500,000 kenderaan setahun. Setakat ini, 450,000 unit kenderaan Model 3 dan Model Y dihasilkan setahun di kilang tersebut.

 

Meskipun terdapat beberapa isu keselamatan dan kebocoran data, namun penjualan kereta Tesla masih lagi mencatatkan peningkatan yang memberansangkan.

 

Setakat ini, kilang di China itu merupakan pengeksport utama Model 3 ke negara Eropah.

 

Ianya juga merupakan satu-satunya kilang kereta penumpang asing pertama di China yang dikecualikan daripada dikendalikan secara usaha sama dengan syarikat tempatan.

 

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *