TRADERTOWN.my

OPEC+ picture
Gambar oleh businessinsider

OPEC+ tepati janji, pelabur minyak dah boleh tarik nafas lega?

Organisasi Negara Pengeksport Minyak dan sekutunya (OPEC+) telah bersetuju untuk mengekalkan had jumlah penghasilan minyak mentah sehingga bulan April 2021. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Minyak Iraq, Ihsan Abdul Jabbar semasa sidang media pada hari Rabu.

Selain itu, negara lain seperti Arab Saudi juga komited untuk terus membuat pemotongan bekalan minyak mentah berjuta tong sehari secara sukarela meskipun belum lagi mencapai kuota yang dijanjikan buat masa ini.

Perkara ini turut disokong oleh Iraq. Menurut Menteri Minyak Iraq, negara itu akan mengekalkan penghasilan 3.6 juta tong minyak mentah sehari untuk bulan Februari.

Namun begitu, pelabur minyak masih lagi belum boleh menarik nafas lega sepenuhnya. Hal ini kerana, kemungkinan besar Kurdistan yang kaya dengan minyak berpotensi untuk tidak memberikan kerjasama dalam mengawal penghasilan minyak mentah. Kurdistan merupakan wilayah bergolak di Iraq yang mempunyai kuasa separuh autonomi dalam pentadbirannya.

Tetapi, Iraq juga sebenarnya sekarang ini sedang bergelut sama ada untuk memenuhi kuota penghasilan minyak atau tidak. Hal ini kerana, negara itu terjejas teruk akibat kejatuhan harga minyak ketika ini.

 

Nak tahu cara untuk buat keuntungan dengan turun naik harga minyak? Klik sini.

group signal picture

 

Negara itu turut menyatakan bahawa pihaknya memerlukan minyak untuk didagangkan pada harga $80 setong. Iraq dijangka akan mengeksport kira-kira satu billion minyak mentah untuk tahun 2021 mengikut data pasaran. Bajet yang diperlukan bagi memastikan penghasilan ini berjalan lancar pula ialah $96 bilion. Jadi, dengan nilai jualan dagangan minyak mentah pada paras $80 setong akan dapat membantu Iraq untuk menyeimbangkan bajet kewangannya.

Namun begitu, menurut jurucakap negara itu, nampak gaya macam tiada harapan yang jelas untuk harga minyak mentah naik mendadak pada tahun ini. Malah, harga minyak mentah yang juga turut digelar sebagai ‘Black Gold’ itu dijangkakan akan berada pada harga $60 sehingga $63 setong untuk tahun ini.

Ketika ini, Iraq merupakan negara kedua pengeluar terbesar minyak mentah dalam kalangan negara anggota OPEC. Pendapatan daripada hasil minyak mentah menyumbang sebanyak 90% kepada kerajaan negara itu.

 

group support minyak

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *