TRADERTOWN.my

dompet digital picture
Gambar oleh Smith Collection/Gado /Getty Images

Australia rangka undang-undang baru untuk dompet digital

Australia sedang mempertimbangkan undang-undang baru untuk mengetatkan kawal selia servis pembayaran menggunakan dompet  digital oleh syarikat teknologi gergasi, big tech seperti Apple Inc (NASDAQ:AAPL) dan Alphabet Inc (NASDAQ:GOOGL).

Semakin ramai sudah mula menggunakan platform pembayaran digital yang disediakan oleh big tech seperti Apple Pay, Google Pay dan Wechat Pay.

Namun begitu, platform seperti ini tidak memenuhi ciri-ciri sistem pembayaran yang lengkap. Ini menjadikan sistem pembayaran tersebut berada di luar sistem kawal selia kerajaan.

Bendahari persekutuan Australia, Josh Frydenberg menegaskan kerajaan perlu segera lakukan reformasi dalam rangka kerja sedia ada. Sekiranya tidak, Silicon Valley pasti akan berjaya campur tangan dalam menentukan hala tuju masa depan sistem pembayaran negara, terutamanya yang melibatkan big tech. Sistem pembayaran merupakan antara aspek kritikal dalam infrastruktur ekonomi negara.

Kenapa Australia takut sangat dengan syarikat big tech?

Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa (BIS) menggesa agar penyelia kewangan antarabangsa mengawal perkembangan pengaruh big tech seperti Alphabet Inc (NASDAQ:GOOGL), Facebook, Inc (NASDAQ:FB), Amazon.com, Inc (NASDAQ:AMZN) dan Alibaba Group Holding Ltd (NYSE:BABA).

Tambahan pula, syarikat big tech mempunyai kelebihan dari segi data pengguna yang luas. Bimbang sekiranya mereka terlampau berkuasa dan menguasai ekonomi dunia tanpa batasan.

Apa tindakan Australia?

Australia mencadangkan agar kerajaan diberi kuasa untuk menjadikan sistem pembayaran digital oleh syarikat big tech diletakkan sebagai sistem pembayaran formal sama seperti penyedia perkhidmatan pembayaran yang lain. Ini juga adalah sebahagian usaha mewujudkan garis panduan kawal selia yang lebih jelas untuk dompet digital (digital wallet).

Kerajaan dan pihak industri juga dicadangkan agar mewujudkan pelan strategik untuk ekosistem pembayaran yang lebih luas dan membangunkan rangka sistem platform pembayaran berlesen.

Usaha ini adalah untuk memastikan setiap platform pembayaran yang ada termasuklah dompet digital berada di bawah kawal selia kerajaan.

Masa depan dompet digital

Menurut Bank Rizab Australia, pembayaran melalui dompet digital meningkat 8% pada tahun 2019 berbanding 2% pada tahun 2016.

Bank Komanwel Australia menganggarkan transaksi melibatkan dompet digital akan bertambah dua kali ganda kepada $ 2.1 bilion. Bank tersebut turut menggesa badan kawal selia untuk segera menangani isu persaingan dan mengambil kira implikasi keselamatan data pengguna untuk penggunaan dompet digital.

 

group signal

 

Belajar trading global secara percuma. Join channel Telegram TRADERTOWN sekarang.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *