TRADERTOWN.my

matawang dolar picture
Gambar oleh dailyfx

Matawang Dolar yang lemah buat minyak mentah kembali mendaki!

Matawang Dolar yang lemah ketika ini membuatkan minyak kembali melonjak naik dan meneruskan peningkatannya buat sesi ketujuh berturut-turut. Selain itu, lonjakan ini juga disokong oleh bekalan minyak mentah yang sedikit berbanding sebelum ini.

 

Niaga hadapan di New York naik $58 setong. Nilai ini merupakan yang tertinggi sejak Januari 2020. Peningkatan ini didorong oleh nilai inventori minyak global yang menurun, menunjukkan bekalan minyak yang sedikit dan juga jangkaan bekalan minyak akan berterusan merosot di A.S. Selain itu, nilai matawang Dolar A.S yang lemah juga membantu meningkatkan nilai dagangan komoditi minyak ini.

 

Situasi minyak naik ini adalah kesan langsung yang disumbang oleh tindakan Arab Saudi yang memotong penghasilan bekalan minyak mentahnya pada bulan Februari dan Mac tahun lalu. Pemotongan penghasilan bekalan ini nampaknya berjaya untuk mengatasi masalah terlebih bekalan yang menyebabkan kejatuhan harga minyak ketika itu.

 

Belajar cara buat keuntungan dengan turun naik harga minyak mentah. Klik sini.

 

group signal

 

Sebelum ini, nilai dagangan minyak mentah pernah naik pada bulan Oktober susulan berita positif penemuan vaksin COVID-19 dan ikrar Arab Saudi untuk meneruskan pemotongan bekalan minyak mentah.

 

Berita penemuan vaksin COVID-19 memberikan sinar baharu kepada masyarakat dunia untuk meneruskan semula kehidupan seperti sediakala dan ini menjadikan permintaan minyak kembali pulih setelah mobiliti masyarakat dari satu tempat ke satu tempat dan perjalanan industri perlahan-lahan kembali seperti sedia kala.

 

Minggu lepas Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bahawa inventori minyak mentah jatuh 3.5 juta tong. Namun begitu, keadaan berbeza pula untuk inventori gasolin yang menunjukkan peningkatan 4.8 juta tong.

 

Namun begitu, pelabur disaran untuk berhati-hati meskipun nilai dagangan komiditi ini mencatatkan kenaikan yang positif dalam tujuh hari berturut-turut ini. Menurut Edward Moya, seorang penganalisis pasaran di firma kewangan terkemuka, pasaran ketika ini berpotensi untuk menunjukkan kenaikan semula sekiranya terdapat pengeluar minyak lain yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan penghasilan mereka bagi mengambil peluang ke atas keuntungan kenaikan harga minyak ketika ini.

 

group support minyak

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *