TRADERTOWN.my

pasaran picture
Gambar oleh ALAMY STOCK PHOTO

Pasaran emas turun, Pfizer umum vaksin 95% berkesan!

Pasaran emas jatuh pada Khamis pagi semasa sesi Asia setelah Pfizer Inc (NYSE:PFE) mengumumkan data akhir keselamatan vaksin kajiannya kepada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat A.S (FDA).

Data keselamatan vaksin itu merupakan sebahagian daripada usaha Pfizer Inc untuk mendapatkan kebenaran bagi penggunaan vaksin secara umum. Kejatuhan emas juga didorong oleh pengukuhan Dolar A.S.

Niaga hadapan emas jatuh 0.44% pada $1,865.65, sementara Dolar A.S menaik pada Khamis pagi.

Dolar meningkat setelah pelabur beralih arah daripada stok kepada aset yang lebih berisiko. Perkara ini menjadikan emas yang terkenal sebagai aset safe haven menyusut.

Menambah tekanan kepada penurunan emas adalah berita positif perkembangan pasukan vaksin daripada Pfizer dan BioNTech (F:22UAy) yang berjaya mencapai 95% kadar efektif pada ujian akhir mereka.

Nilai peratusan kadar efektif ini menjadikan vaksin keluaran mereka mendapat kedudukan yang lebih baik berbanding vaksin keluaran syarikat Moderna sebelum ini.

Menurut jurucakap Pfizer dan BioNTech, kelulusan daripada FDA untuk kegunaan vaksin itu bagi tujuan kecemasan dijangka akan diperoleh dalam tempoh masa beberapa hari sahaja lagi.

Walaupun berita vaksin ini membantu memberikan peningkatan positif terhadap pasaran, namun kadar jangkitan COVID-19 yang masih lagi tinggi terutamanya di A.S menyebabkan peningkatan positif pasaran ini dijangka hanya bersifat sementara sahaja.

Selain itu, bantuan kewangan seperti pakej ransangan daripada pihak kerajaan masih lagi diperlukan untuk menampung bebanan kesan ekonomi dan sosial akibat pandemik ini

Menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins, pandemik COVID-19 ini masih lagi belum berakhir sepenuhnya terutamanya di negara kuasa ekonomi gergasi seperti A.S dan Eropah, dengan kes jangkitan setakat ini melebihi 56 juta. A.S menyumbang kira-kira satu perlima daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, United Kingdom (UK) sedang berlumba dengan masa untuk mencapai persetujuan  dagangan bersama Kesatuan Eropah (EU) sebelum tempoh peralihan untuk meninggalkan blok ekonomi itu tamat pada 1 Januari 2021. Setakat ini, rundingan masih lagi menemui jalan buntu dalam beberapa isu.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *