TRADERTOWN.my

pasaran kewangan picture
Gambar oleh Planned Parenthood

Pasaran kewangan: Impak besar pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (A.S).

Pasaran kewangan berdepan ujian getir apabila arena politik Amerika Syarikat (A.S) semakin rancak. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh IPSOS, calon dari parti Demokrat, Joe Biden mendahului Donald Trump dengan penerimaan 51%.

Sedang pasaran kewangan global menunggu hasil undian pilihan raya Presiden A.S, jangkaan hasilnya akan dilihat dalam keadaan tidak menentu turun naik. Kebanyakkan penganalisis berpendapat bahawa ketidakpastian pelaksanaan ransangan fiskal juga meletakkan pasaran dalam keadaan yang berisiko buat masa ini.

Penganalisis di Rabobank International berpendapat bahawa adalah agak mustahil untuk sebarang perjanjian ransangan fiskal dipersetujui secara aman sebelum pilihan raya.

Beliau turut menambah saiz pakej fiskal merupakan perbezaan penting dalam pemilihan antara parti Demokratik atau Republikan. Pihak senat yang dikuasai oleh parti Republikan ketika ini kelihatan hanya akan bersetuju untuk meluluskan pakej ransangan bernilai $0.5 trilion sahaja.

Menurut Christopher Wood, ketua global (strategi ekuiti) di Jefferies, kemenangan Demokratik dalam pungutan suara presiden, dan pengambilalihan yang berkaitan dengan Kongres akan melihat tekanan dari sisi aktivis parti untuk menerima dasar-dasar yang lebih rasmi sejajar dengan Teori Kewangan Moden.

Beliau percaya dasar sedemikian akan menjadikan Rizab Persekutuan AS (US Fed) sebagai sebuah instrumen polisi fiskal.

Sementara itu, penganalisis di UBS telah mengakses potensi risiko kepada pasaran kewangan yang dikaitkan dengan pilihan raya.

Risko ini adalah berdasarkan kepada 3 jenis senario.

Pertama, Biden dipilih bersama ahli Demokrat untuk mengambil alih Kongres.

Kedua, Trump mengekalkan statusnya sebagai Presiden A.S.

Ketiga, Biden terpilih sebagai Presiden A.S tetapi Ahli Demokrat dan Republikan masing-masing mengekalkan wakil Rumah Putih dan Senat.

UBS percaya pasaran yang terdedah dengan pendedahan pendapatan luar negara, terutama bagi pengeksport Asia Utara akan mendapat manfaat apabila lebih banyak polisi pelbagai hala dan boleh dijangka sekiranya Biden memegang tampuk pemerintahan.

Dari segi kewangan, pasaran dengan jurang hasil yang tinggi, baki atau defisit akaun semasa yang rendah dan sejarah sensitiviti dengan pasaran bon A.S akan mendapat manfaat dalam persekitaran dasar monetari yang lebih mudah ini.

Meningkatkan perbelanjaan fiskal terutamanya dalam pembangunan infrastruktur, akan memberi peluang yang cerah kepada sektor bahan yang mana Australia mempunyai kelebihan dalam perkara ini.

Bagi India, Indonesia dan Singapura pula akan mendapat manfaat yang positif apabila senario kedua dan ketiga berlaku.

Namun, sejauh dan setepat mana impak ini kepada pasaran kewangan masih lagi dalam tanda tanya apabila kedua-dua pihak masih lagi dilihat berlumba-lumba cuba untuk memenangi hati rakyat mereka.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *