TRADERTOWN.my

minyak mentah picture
Gambar oleh Ingram Pinn

Minyak mentah Asia, China bantu ringankan beban

Minyak mentah Asia kembali tersenyum apabila berdepan dengan permintaan yang kukuh daripada China dan India. Situasi ini juga telah menyumbang kepada peningkatan harga minyak mentah fizikal di seluruh dunia.

 

Situasi ini berbeza dengan pasaran niaga hadapan yang berdepan dengan masalah ketidaktentuan permintaan dan bekalan yang terlebih disebabkan oleh pandemik COVID-19.

 

Penanda aras global niaga hadapan Brent didagangkan sekitar $40 setong. Dagangan ini beransur pulih setelah menghadapi kejatuhan teruk sejak 2 dekad pada 4 April lalu.

 

Namun, Brent masih lagi belum selesa kerana tekanan daripada gelombang kedua wabak COVID-19 akan menggurangkan penggunaan bahan api untuk industri dan domestik.

 

Di pasaran fizikal yang lebih sibuk, syarikat penapisan persendirian dan milik China merupakan pembeli yang paling berminat dengan minyak. Mereka telah mengisi kuota import bagi tahun 2021 memandangkan pelabuhan yang sebelum ini sesak juga sudah semakin reda.

Tindakan pihak industri China ini membantu Russian Ural, Norway’s Johan Sverdup, Caspian Azeri BTC, CPC Blend, Gred Afrika Barat dan Brazil kembali bernafas.

Menurut sebuah firma dagangan global, China merupakan harapan baru buat pembekal minyak. China merupakan negara paling cepat yang memulihkan semula ekonomi negaranya berbanding kebanyakkan negara Eropah yang masih lagi bergelut dengan kesan krisis pandemik COVID-19.

Russian Urals mencapai premium tertinggi Brent dalam tempoh 3 bulan dan penghantaran minyaknya ke China akan mula meningkat bagi pasaran minyak mentah Asia tidak lama lagi terutamanya untuk kargo pada akhir bulan November dan Disember.

BP (NYSE:BP) merancang untuk menghantar supertanker pertama Ural ke China sejak Jun.

Sebelum ini China bukanlah pembeli tegar untuk pasaran minyak Mediterranean. Tetapi kali ini China sedang mengambil kira untuk membeli dengan banyak terutamanya pada akhir November dan seterusnya.

India juga menyumbang kepada sentimen pasaran. Minyak mentah yang diproses oleh syarikat India mencapai kenaikan tertinggi dalam tempoh 6 bulan pada bulan September.

China dan India adalah jawapannya tatkala syarikat penapisan minyak berdepan masa hadapan yang gelap ekoran margin yang rendah dan pemulihan ekonomi yang perlahan.

Pembelian China mendesak minyak mentah Angolan Dalia daripada setara dengan Brent pada bulan lepas, menjadi naik kepada 75 sen. Perkara ini juga menyumbang kepada peningkatan minyak mentah Brazil.

Tetapi selagi mana pandemik COVID-19 ini tidak berakhir, selagi itulah peningkatan ini hanyalah sementara dan niaga hadapan akan terus berada dalam ancaman.

Penanda aras untuk minyak mentah Oman dan Dubai yang kebiasaanya terikat dengan pasaran Asia, jatuh pada Rabu dan ini menunjukkan kekurangan permintaan masih lagi membelenggu.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *