TRADERTOWN.my

pasaran emas picture
Gambar oleh Handout

Pasaran emas naik: Pelabur bimbang berlaku inflasi?

Niaga hadapan pasaran emas naik 0.36% kepada $1,774 semasa sesi pagi Asia. Kenaikan ini disebabkan oleh pelan perbelanjaan Presiden Amerika Syarikat (A.S), Joe Biden untuk pembangunan infrastruktur, pekerjaan dan kekeluargaan masyarakat. Pelan perbelanjaan ini menyebabkan para pelabur bimbang tentang risiko inflasi yang berkemungkinan akan berlaku nanti.

Perbelanjaan rakyat A.S meningkat pada Mac lalu setelah pemberian bantuan dana tambahan untuk pakej ransangan COVID-19 oleh kerajaan. Ketika ini pelabur sedang menantikan lebih banyak data ekonomi A.S seperti Institut Pengurusan Bekalan (ISM), Laporan Gaji Bukan Ladang (NFP) dan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) yang akan dikeluarkan minggu ini.

group signal picture

Sementara itu, Presiden Bank Rizab Persekutuan Dallas, Robert Kaplan mencadangkan agar bank pusat menggurangkan bantuan sokongan terhadap ekonomi supaya dapat mengelakkan pasaran daripada menjadi tidak seimbang. Selain itu, pelabur juga sedang menunggu keputusan polisi daripada bank pusat Australia, United Kingdom (U.K) dan Norway sepanjang minggu ini.

Belajar analisis teknikal pelaburan saham global. Klik sini

Sementara itu, minggu lalu di Asia, kes jangkitan COVID-19 yang melonjak naik sehingga mencecah 400,000 orang telah menyebabkan pasaran emas fizikal dijual dengan potongan harga.

Namun begitu, keadaan berbeza pula di China. Permintaan emas naik 93.9% untuk suku pertama 2021.

Pasaran Asia agak perlahan kerana penutupan pasaran China dan Jepun kerana cuti umum.

Bagi bahan logam yang lain pula, perak kekal berada pada paras harga $25.90 seauns, palladium kekal kukuh pada harga $3,000 seauns dan platinum naik sedikit 0.3% berbanding sesi sebelumnya.

group support minyak

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *