TRADERTOWN.my

DAPL picture
Gambar oleh Peg Hunter

DAPL: Masa hadapan penapisan minyak di tangan Biden?

Di saat penyokong parti Demokratik bersorak riang apabila calon presiden mereka, Joe Biden memenangi pilihan raya lalu, ada pihak yang sedang risau dan sakit kepala terutamanya mereka yang mencari makan dalam industri minyak seperti pemilik Dakota Access Pipeline (DAPL).

Sebelum ini, DAPL masih lagi dalam kemelut untuk mendapatkan pengesahan undang-undang untuk memastikan pengeluaran minyak dari Dakota Utara berjalan dengan lancar.

DAPL menghantar kira-kira 40% minyak mentah yang dihasilkan daripada kawasan syal Bakken di Dakota Utara kepada syarikat penapisan di Midwest dan pengeksport di Teluk Amerika Syarikat (A.S). Jumlah penghantaran ini bernilai hampir $3.8 bilion.

Perpaipan itu berkapasiti untuk menghantar 557,000 tong sehari kepada kawasan luar dengan lebih 1 juta penghasilan minyak mentah.

Tanpa DAPL, pemilik perpaipan dan rel yang kecil akan mengalami masalah untuk menyalurkan minyak kepada pengguna di luar kawasan syal mereka.

Pemilik utama DAPL, Energy Transfer (NYSE:ET) yang beribu pejabat di Dallas sedang berjuang dalam mempertahankan hak penerusan operasi perpaipan.

Sebelum ini, pihak mahkamah memutuskan untuk menarik semula permit syarikat perpaipan itu setelah sistem itu didapati beroperasi di bawah tasik Dakota Selatan.

Tasik Dakota Selatan merupakan sumber air kepada puak asli Amerika dan mereka mendesak agar perpaipan ini ditutup kerana bimbang mencemarkan sumber air mereka.

DAPL menjadi projek kontroversi apabila mencetuskan demonstrasi besar-besaran pada tahun 2016 di Dakota Utara oleh puak orang asli dan aktivitis alam sekitar. Mereka mendesak agar projek ini dibatalkan.

Sebelum ini, Barack Obama semasa menjadi Presiden A.S telah mengeluarkan permit yang menghalang pembinaan di bawah Tasik Oahe, Dakota Selatan yang merupakan sumber air utama kepada puak Standing Rock Sioux.

Tetapi, ketika Trump mengambil alih jawatan daripada Obama, Trump telah meluluskan permit tersebut sehinggalah akhirnya berjaya disiapkan pada tahun 2017.

Julai lalu, pihak mahkamah telah menolak semula permit pengoperasian DAPL dan mengarahkan Kor Jurutera Tentera A.S untuk melakukan kajian semula terhadap isu tersebut. Perkara ini dijangka mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan.

Biden yang mengalahkan Trump semasa pilihan raya lalu akan mempunyai kuasa terhadap kepimpinan Kor Jurutera Tentera A.S.

Terkenal sebagai pro-aktivis alam sekitar, Biden berkemungkinan besar cenderung untuk mempengaruhi keputusan agar perpaipan itu ditutup.

Walau bagaimanapun perkara ini masih lagi belum mendapat kepastian daripada pihak Biden.

Sekiranya DAPL ini tidak dibenarkan beroperasi, maka berkemungkinan penyaluran bekalan minyak mentah terganggu dan berpotensi menyumbang kepada kenaikan harga minyak mentah.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *