TRADERTOWN.my

perang dagang picture
Gambar oleh The Associated Press

Perang dagang China-Amerika tamat?

China meningkatkan pembelian barangan tenusu Amerika Syarikat (A.S) dan mengimplementasikan 50 daripada 57 komitmen teknikal yang bertujuan untuk mengurangkan halangan terhadap import A.S sejak kedua-dua buah negara menandatangani perjanjian dalam perang dagang sebelum ini.

 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil dagangan A.S (USTR) dan Jabatan Pertanian A.S (USDA), China dikhabarkan telah membeli $23 bilion barangan pertanian A.S dalam fasa 1 perjanjian perdagangan.

 

Robert Lightzer, wakil USTR menyatakan perjanjian perdagangan yang sebelum ini dimeterai bersama China sejak 8 bulan yang lalu telah memberikan impak yang positif terhadap golongan petani dan penternak A.S.

 

Tindakan China itu meredakan sedikit perang dagang antara dua buah negara kuasa besar dunia, tetapi pertikaian mengenai hak asasi manusia, krisis COVID-19 dan teknologi masih lagi menjadi tanda-tanya sama ada perjanjian perdagangan ini akan berjaya mencapai fasa kedua ataupun tidak.

 

Pertanian merupakan salah satu daripada 4 cabang industri A.S yang dijanji oleh China untuk meningkatkan pembelian barangan dan perkhidmatan.

 

Namun begitu, keadaan masih lagi dalam tanya tanya sama ada China berjaya mencapai sasaran keseluruhan tahun ini memandangkan perintah berkurung telah dilaksanakan pada awal tahun untuk mengekang penyebaran COVID-19.

 

Laporan menunjukkan peningkatan jualan kacang soya A.S dan penjualan jagung A.S yang luar biasa kepada China sebanyak 8.7 juta tan.

 

Eksport khinzir A.S kepada China merekodkan jualan tertinggi dalam masa 5 bulan tahun 2020 sejak perang dagang tercetus, manakala eksport daging dan produk daging A.S kepada China sejak Ogos 2020 sudah pun mencecah 3 kali ganda berbanding tahun 2017.

 

Antara produk pertanian lain keluaran A.S yang dijangkakan akan menjadi pilihan China adalah makanan haiwan, jerami alfafa, pecan, kacang tanah dan makanan segera.

 

Adakah China betul-betul ikhlas dalam proses perdamaian atau ianya sebagai suatu tipu helah dalam perang dagangnya dengan A.S?

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *