TRADERTOWN.my

Industri minyak picture
Gambar oleh 350.org

Industri minyak terus menjunam, Big Oil masih relevan?

Industri minyak sebelum ini terkenal bertahun lamanya sebagai sebuah industri yang memberikan pulangan yang besar kepada para pelabur. Walaupun minyak jatuh, Big Oil masih mencari jalan untuk tetap membayar dividen pelaburnya.

Tetapi dengan keadaan sekarang, dividen dan keuntungan bukan lagi keutamaan. Hari ini, pelabur mahukan sesuatu yang berbeza dengan pelaburan minyak mereka.

Secara jujurnya, pulangan masih lagi penting walaupun bukanlah satu-satunya alasan untuk pelabur membeli atau kekal bersama syarikat minyak. Kelangsungan sesebuah syarikat minyak juga menjadi perhatian.

Pada tahun 2006, purata pulangan modal oleh syarikat Big Oil sebanyak 27%. Tetapi tahun 2019 merupakan tahun yang mengecewakan apabila purata pulangan modal hanyalah tidak lebih 3.5%. Itu pun sebelum pandemik melanda dan memberi impak negatif terhadap harga minyak.

Sehingga tahun 2006, kira-kira 80% portfolio Big Oil adalah melalui pemilikan aset minyak konvensional dan gas. Sejak itu, syarikat ini lebih fokus kepada laut dalam dan syal. Walaupun banyak kata-kata yang mengatakan kos pengeluaran bagi laut dalam dan syal menurun, tetapi ini tidak terjadi kepada semua pemain industri ini.  

Eksplorasi laut dalam dan bukan konvensional terus dijalankan walaupun kosnya lebih banyak berbanding laut cetek dan telaga minyak konvensional. Kos yang tinggi ini disebabkan oleh halangan fizikal di laut dalam dan keamatan pemecahan (fracking) bagi batuan minyak syal.

Walaupun telaga minyak yang dipecahkan ini memerlukan masa yang singkat untuk memberi pulangan kepada pelabur, tetapi ia mempunyai jangka hayat yang singkat. Secara mudahnya, minyak laut dalam dan bukan konvensional ini tidak memberikan pulangan yang lumayan kepada pelabur bagi jangka masa panjang.

Pelabur minyak nampak tidak gembira dengan Big Oil buat masa sekarang, tambahan pula sejak pentadbiran yang mesra alam, mampan dan sosial menjadi pilihan. 

Namun ada sesetengah pelabur yang cenderung untuk membeli syarikat yang mesra alam. Ini kerana mereka berpendapat, semakin mesra alam sesuatu syarikat itu, semakin tinggi peluang untuk terus kekal dalam industri ini.

Situasi ini didorong oleh faktor aktivis alam sekitar yang sering meletakkan kesalahan kepada pihak industri minyak apabila berlaku perubahan iklim yang drastik. 

Masa depan permintaan global terhadap keperluan tenaga seperti industri minyak dilihat akan terus meningkat meskipun pandemik sedang melanda. Big Oil dilihat mula mengambil kira untuk terlibat dalam industri tenaga alternatif untuk menarik minat lebih ramai pelabur.

Walau bagaimanapun, sehijau manapun cita-cita Big Oil, mereka masih lagi perlu fokus utama dalam perniagaan bahan bakar fosil. Mereka memerlukan pendapatan daripada sektor ini untuk menjadi dana dalam cita-cita tenaga hijau mereka. Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan. 

Menurut pakar, syarikat Big Oil digalakkan untuk fokus dalam pengeluaran berkos rendah, menggurangkan modal dan memberi lebih perhatian dalam pengurangan risiko untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *