TRADERTOWN.my

Minyak mentah naik picture
Gambar oleh Getty Images

Minyak mentah naik, mimpi ngeri COVID-19 telah berakhir?

Minyak mentah naik pada hari Rabu pagi semasa sesi Asia. Kenaikan kira-kira 11% itu didorong oleh berita positif perkembangan vaksin COVID-19 dan data stok Amerika Syarikat (A.S) yang memberansangkan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.92% kepada $44.01 dan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat 1.06% kepada $41.80.

Minyak mentah naik dan meneruskan perjalanan mereka dengan kedua-dua niaga hadapan Brent dan WTI berada pada paras $40 semula.

Data stok minyak mentah daripada Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan penggurangan 5.147 juta tong berbanding ramalan 900,000 tong.

Berita gembira berkenaan vaksin pada hari Isnin lalu juga menyumbang kepada pergerakan positif pasaran. Pelabur berharap agar penemuan vaksin ini menjadi jalan keluar daripada kemelut pandemik COVID-19.

Sebaik sahaja vaksin COVID-19 ini tersebar di seluruh dunia dan berkesan seperti yang diperakui oleh Pfizer, maka permintaan terhadap minyak mentah dijangka akan kembali normal. Ini adalah berita baik kepada harga minyak mentah untuk kembali naik.

Tetapi, perkara ini masih lagi belum dapat dipastikan sehingga percubaan akhir ujian vaksin memberikan keputusan yang meyakinkan.

Selain jangkaan untuk permintaan minyak menjadi kembali normal, Ribut Tropika Eta yang melanda turut memberi ancaman terhadap penghasilan minyak di pelantar minyak Amerika Syarikat (A.S) di Teluk Mexico.

Permintaan di kebanyakkan negara Asia juga membantu melonjakkan harga minyak mentah. Bekalan untuk China jatuh dan jumlah kuota import bagi syarikat penapisan persendirian naik lebih dari jangkaan. Negara maju Asia seperti Jepun juga kelihatan seperti kembali kepada keadaan pra-pandemik dan memberi harapan positif kepada pasarannya.

Namun begitu, Rob Haworth, seorang pakar pelaburan kanan di sebuah firma pengurusan  A.S menyifatkan kenaikan harga akan menjadi lebih sukar. Hal ini kerana di Eropah telah ada perintah berkurung dan aktiviti sosial yang terhad. Jadi berkemungkinan besar, permintaan minyak mentah di Eropah akan berkurangan.

Pelabur kini sedang menunggu keputusan data bekalan minyak mentah daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S pada lewat hari ini.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *