TRADERTOWN.my

hubungan tegang picture
Gambar oleh Eloisa Lopez

Rebut tempat korek minyak punca hubungan tegang Filipina-China?

Hubungan tegang antara Filipina dan China bakal memuncak susulan kenyataan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkenaan isu perebutan hak penggerudian minyak mentah di Laut China Selatan.

Sebelum ini, China mengumumkan akan meneruskan usaha untuk menggerudi kawasan di Laut China Selatan untuk mengeksploit teras batu sedimen daripada dasar laut sebagai sumber hidrat gas asli.

 

Join group signal dan sokongan untuk perdagangan minyak mentah global. Klik sini.

group signal

 

Presiden Filipina memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa Filipina juga akan turut menggerudi di Laut China Selatan sekiranya China benar-benar melaksanakan perkara tersebut. Hal ini kerana beliau menyifatkan tindakan China itu sebagai melanggar perjanjian sebelum ini antara Filipina dan China.

Sebelum ini, Pengawal Pantai Filipina melaporkan kira-kira 240 kapal tangki China berada dalam kawasan zon ekonomi ekslusif Filipina berdekatan Whitsun Reef tanpa kebenaran.

 

Belajar analisis teknikal saham global secara percuma. Klik sini. 

 

Namun begitu, China mendakwa bahawa kapal tangki itu hanyalah kapal menangkap ikan yang menumpang sebentar di kawasan tersebut.

Tetapi, tindakan China ini dilihat seolah-olah cuba mencabar perjanjian yang dibuat sebelum ini bersama Filipina, menyebabkan Filipina berkeras untuk turut terlibat dalam ekplorasi minyak dan gas walaupun terpaksa menggunakan bantuan ketenteraannya kalau perlu di Laut China Selatan sekiranya China memulakannya dahulu.

 

group support minyak

 

Pertikaian wilayah di Laut China Selatan juga melibatkan beberapa buah negara yang lain seperti Vietnam, Brunei, Thailand dan Malaysia. Namun begitu, pada tahun 2016, Mahkamah Tetap Timbang Tara yang beribu pejabat di The Hague, Belanda memutuskan bahawa China tidak mempunyai hak mutlak ke atas lautan tersebut dan perlu menghormati zon ekonomi ekslusif Filipina di kawasan tersebut.

Namun begitu, China macam biasa tetap berdegil dan tidak mahu menerima keputusan tersebut dan terus menganggap Laut China Selatan adalah hak milik mutlak mereka disebabkan oleh faktor sejarah lama sebelum ini dan kesannya menjadikan hubungan China semakin tegang dengan negara-negara lain.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *