TRADERTOWN.my

hasil minyak picture
Gambar oleh GETTY IMAGES

Guyana jangka hasil minyak 1 juta sehari: siapa sebenarnya lebih untung?

Guyana menjangkakan hasil minyak mentah keluaran negara tersebut bakal mencecah 1 juta tong sehari menjelang tahun 2027. Perkara ini diperakui oleh Menteri Sumber Alam Guyana, Vickram Bharrat.

Buat masa ini, Guyana menghasilkan 130,000 tong minyak mentah sehari daripada telaga minyak Liza-1. Operator minyak di telaga tersebut, ExxonMobil menjangkakan penghasilan minyak mentah akan meningkat sehingga 750,000 tong sehari pada tahun 2026.

Guyana merupakan kawasan baru popular untuk eksplorasi minyak dunia. Sebanyak 10 telaga penilaian dan ekplorasi akan digerudi di negara tersebut tahun ini. ExxonMobil dan rakan dagangannya, Stabroek Block adalah entiti yang banyak terlibat dalam ekplorasi minyak Guyana sejak tahun 2019.

 

group support minyak

 

Liza-1 disasarkan mempunyai lebih 8 bilion tong sumber minyak mentah yang masih lagi belum digunakan sepenuhnya.

Sementara itu, operasi Liza-2 turut dijangkakan akan bermula pada pertengahan tahun 2022. Telaga minyak Liza-2 ini pula disasarkan untuk menghasilkan lebih 220,000 tong minyak mentah sehari.

Negara Amerika Latin ini masih lagi dalam proses untuk mengejar penghasilan minyak dan menjadi antara destinasi utama pelaburan untuk industri minyak dan gas global.

Namun begitu, sebagai negara yang baru mengorak langkah dalam industri besar, Guyana sekarang sedang berusaha untuk memperbaiki polisi dan undang-undang minyak negara itu daripada diambil kesempatan oleh syarikat gergasi minyak antarabangsa sebelum akhir tahun ini.

 

Belajar cara analisis teknikal pelaburan saham minyak mentah dan global secara percuma. Klik sini.

 

Hal ini susulan isu media utama Guyana, Kaieteurnews pada tahun 2019 yang mendedahkan ketidakadilan antara kontrak ExxonMobil dengan Guyana berbanding 130 kontrak minyak yang lain.

Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA) dilihat lebih menguntungkan ExxonMobil kerana mengandungi pelepasan cukai pendapatan, syarat kelonggaran dari aspek pekerjaan kepada penduduk tempatan dan pembayaran royalti yang sama sahaja iaitu 2% meskipun penghasilan minyak mentah meningkat. Ini tidak termasuk lagi dengan kos-kos membaik pulih alam sekitar yang hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak kerajaan Guyana.

Rata-rata pihak berpendapat Guyana sepatutnya lebih tegas dalam isu hasil minyak mentah ini supaya tidak rugi lebih banyak sebenarnya walaupun dari luaran nampak untung. Menurut Bank Dunia, separuh daripada rakyat Guyana hanya berpendapatan kurang daripada $5.50 sehari.

 

group signal

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *