TRADERTOWN.my

bahan bakar fosil picture
Gambar oleh BEN STANSALL

UK henti sokong projek bahan bakar fosil, minyak kembali tergolek?

Boris Johnson berikar akan menghentikan sokongan secara langsung untuk projek bahan bakar fosil di luar negara semasa berucap di persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Sabtu.

Beliau berharap agar ikrar penghentian sokongan terhadap industri tenaga tidak boleh diperbaharui ini dapat juga disertai oleh beberapa buah negara lain untuk membantu menangani isu iklim dunia yang semakin meruncing.

group support minyak

Sebelum ini, Britain yang merupakan tuan rumah bersama bagi rundingan iklim di Glasgow pada tahun hadapan, berdepan kecaman dan tuduhan hipokrit kerana masih lagi menyalurkan dana kewangan kepada projek minyak dan gas asli di luar negaranya.

Boris Johnson menyifatkan bahawa tindakan beraninya itu akan memberi peluang pekerjaan yang lebih banyak dan membantu meningkatkan semula ekonomi setelah dilanda pandemik COVID-19, di samping melindungi kehijauan bumi untuk kebaikan generasi akan datang.

Sementara itu, terdapat lebih daripada 70 pemimpin dunia termasuklah dari negara besar seperti China, India, dan Jepun akan bertemu bagi membincangkan isu berkaitan komitmen iklim pada rundingan tersebut.

Namun begitu, setakat ini, Britain merupakan satu-satunya negara kuasa ekonomi besar yang menyatakan komitmen secara terang-terangan untuk menghentikan bantuan kewangan kepada projek bahan bakar di luar negaranya.

kelas saham

Perubahan polisi oleh Britain ini diharap dapat menjadi ikutan buat negara lain juga.

Sebelum ini, Agensi The UK Export Finance (UKEF), telah berikar untuk membantu syarikat minyak dan gas British yang sedang mengembangkan perniagaan industri itu di luar negara seperti Argentina, Brazil, Iraq dan Rusia.

Justeru, UKEF mengkritik keras tindakan Boris Johnson ini kerana UKEF memainkan peranan penting dalam menyokong projek cecair gas asli bersama syarikat utama minyak Rusia, Total SE (EPA:FP) di Mozambique yang bernilai kira-kira $20 bilion.

Sekiranya polisi ini dikuatkuasakan, ini bermakna selepas ini tiada lagi sokongan daripada kerajaan pusat untuk projek pembangunan industri minyak mentah, gas asli dan arang batu di luar negara. Perkara ini termasuklah dari aspek bantuan pembangunan, kewangan dan promosi perdagangan.

Bagaimanakah dengan nasib pemain industri minyak dan sumber tenaga tidak dapat diperbaharui yang lain seperti bahan bakar fosil selepas ini?

 

Nak buat keuntungan walaupun dengan kejatuhan harga minyak? Klik sini.

group signal

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *