TRADERTOWN.my

BP picture
Gambar oleh Getty Images

BP sudah kembali melabur dalam minyak. Ayuh bersedia semua!

Syarikat minyak dan gas multinasional British, BP plc (NYSE:BP) akan membuat pelaburan secara besar-besaran di medan minyak dan gas asli Timur Tengah menjelang tahun 2021.

Walaupun sebelum ini BP pernah berikrar untuk beralih kepada sumber tenaga boleh diperbaharui, namun BP kelihatan masih lagi berminat dengan prospek minyak dan gas di Timur Tengah.

BP ketika ini terlibat dalam pengendalian medan minyak ketiga terbesar di dunia di Rumalia, bahagian selatan Iraq yang menghasilkan kira-kira 1.4 juta tong sehari. Selain itu, ia juga merupakan pengeluar utama di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

BP tertarik untuk melabur di Timur Tengah kerana kosnya yang lebih rendah dan mampu menghasilkan bekalan minyak yang banyak.

Sebanyak 64.5% jumlah minyak yang dihasilkan oleh OPEC datang daripada Timur Tengah. Jumlah ini merangkumi kira-kira 73% jumlah rizab minyak dunia.

BP berharap agar kelonggaran yang diberikan oleh OPEC dalam membantu penghasilan minyak mentah secara berkapasiti penuh di Rumalia yang dianggarkan mencecah 1.47 juta tong sehari menjelang Jun tahun depan. Tambahan pula, BP mensasarkan untuk penghasilan sehingga 2.1 juta tong minyak mentah sehari untuk beberapa tahun akan datang.

Namun begitu, tidak semua syarikat gergasi minyak berminat untuk melabur di kawasan tersebut. Contohnya, Exxon Mobil Corp (NYSE:XOM) telah mengumumkan penjualan 32.7 % kepentingannya di Qurna, sebuah kawasan yang terletak di utara Rumalia.

Kepentingan ini dianggarkan bernilai kira-kira $500 juta. Tindakan Exxon ini didorong oleh situasi politik yang tidak stabil di kawasan tersebut.

Tetapi, langit tidak selalunya mendung. Pemain industri minyak terutamanya dari China seperti China National Petroleum Corp dan CNOOC Ltd telah menunjukkan minat untuk pembelian kepentingan Exxon tersebut.

Namun begitu, Iraq bukanlah satu-satunya tempat yang BP berminat untuk melabur. Syarikat gergasi itu turut tertarik untuk melabur di medan penghasilan gas di Khazzan dan Ghazzer, Oman.

Sebelum ini, sebuah perjanjian perkongsian penghasilan untuk Blok 77 Eni telah ditandatangani antara Menteri Minyak dan Gas Oman bersama dengan BP. Blok 77 ini merangkumi keluasan kira-kira 2,700 kilometer persegi.

Bukan sahaja dengan Oman, malah syarikat Big Oil ini turut meningkatkan focus untuk melabur di Emeriyah Arab Bersatu  (UAE) melalui kerjasama dengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meningkatkan penghasilan minyak sehingga 2juta tong sehari. BP mempunyai 10% pegangan kepentingan dalam syarikat ADNOC.

Walaupun industri minyak  telah dilanda teruk dengan kekangan pandemik COVID-19, tetapi kawasan di Timur Tengah menjangkakan permulaan pemulihan ekonomi pada tahun 2021. Ketika ini, perkembangan positif vaksin COVID-19, pelaburan syarikat besar dalam industri minyak dan kelonggaran daripada OPEC membantu membuka peluang yang cerah kepada Timur Tengah yang majoritinya bergantung sepenuhnya kepada industri minyak dan gas.

group support minyak

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *