TRADERTOWN.my

undang-undang picture
Gambar oleh Getty Images

Undang-undang baharu Nigeria buat pelabur minyak pening kepala!

Nigeria berkemungkinan besar akan kehilangan kira-kira 38% penghasilan minyak mentah laut dalam pada 2030 sekiranya Rang Undang-Undang Industri Petroleum baru dilaksanakan secara sepenuhnya.

Pelaksanaan penuh rang undang-undang itu merupakan perkara yang ditunggu-tunggu sejak tahun 2008 bagi menggantikan undang-undang dan peraturan lain. Parlimen Nigeria bercadang untuk meluluskan undang-undang itu pada suku pertama tahun 2021.

Namun begitu, pihak industri tidak menyambut baik perundangan ini dan mendakwa bahawa akan memberikan impak negatif kepada penghasilan minyak mentah Nigeria kerana tidak dapat membantu menarik pelaburan untuk projek baru minyak mentah dan gas asli.

 

group signal

 

Hal ini kerana, rang udang-undang itu tidak mengandungi penyelesaian kepada masalah yang sering berlaku dalam industri cari gali minyak mentah seperti terma fiskal yang tidak kompetitif, kos pengeluaran dan pengoperasian yang tinggi, pertikaian laut dalam yang tidak diselesaikan dan juga tarikh luput pajakan laut dalam. Masalah-masalah ini akan menakutkan para pelabur untuk melabur di industri minyak Nigeria sebab risiko kerugian yang tinggi.

Sejak tahun 2008, Nigeria berusaha keras untuk meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sektor tenaga minyak mentah dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Industri Petroleum.

Walaupun Nigeria merupakan negara pengeluar minyak mentah terbesar di Afrika, tetapi negara ini masih lagi tidak mampu untuk setanding dengan negara pengeluar minyak mentah lain yang lebih maju. Hal ini kerana, Nigeria masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah untuk memajukan industri minyak mentahnya seperti korupsi, kelemahan pentadbiran kerajaan, kekurangan kawal selia dalam sektor industri minyak dan jumlah pengoperasian minyak mentah yang rendah.

Rang Undang-Undang Industri Petroleum masih lagi tergendala sejak diperkenalkan pada tahun 2008 kerana pihak industri tidak bersetuju dengan perubahan bayaran royalti minyak yang lebih tinggi perlu diberikan kepada pihak kerajaan tetapi pada masa yang sama pihak kerajaan masih lagi gagal menyelesaikan masalah kemajuan dan ketelusan yang sering berlaku sebelum ini.

Nampak macam bagus untuk kerajaan Nigeria, tetapi tanpa manfaat yang jelas kepada pihak industri, pastinya kesepakatan bersama tidak dapat dicapai dan akhirnya memberikan kesan untuk pembangunan jangka masa panjang industri minyak di Nigeria.

 

group support minyak

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *