TRADERTOWN.my

harga emas jatuh picture
Gambar oleh BLOOMBERG FINANCE LP

Harga emas jatuh bawah $1700: Salah Joe Biden?

Harga emas jatuh teruk pada hari Selasa, memecahkan harga support $1700 yang dipegang sejak pertengahan Mac lalu. Kejatuhan teruk emas ini berkait rapat dengan kenaikan Dolar Amerika Syarikat (USD) yang telah mencecah paras kenaikan didorong oleh peningkatan hasil bon Amerika Syarikat.

Paras niaga hadapan emas COMEX jatuh $28.60 (1.7%) pada $1686 seauns. Ini adalah kali pertama emas COMEX menjejaki semula paras harga $1600 sejak 12 Mac. Kejatuhan ini merupakan antara yang terbesar sejak 26 Februari.

Manakala, harga spot emas pula tidak jauh berbeza daripada harga niaga hadapan iaitu jatuh $28.06 (1.6%) pada $1684.30. Kebanyakkan pengurus dana sering kali bergantung pada harga spot berbanding harga niaga hadapan untuk mendapatkan arah tuju pergerakan harga yang lebih tepat.

 

Belajar percuma teknikal analisis dalam saham global seperti komoditi minyak dan emas. Klik sini.

group signal

 

Indeks Dolar pula mencatatkan perubahan kenaikan positif berbanding enam mata wang utama yang lain. Kenaikan ini disumbang oleh peningkatan hasil perbendaharaan A.S.

Peningkatan hasil bon dan dolar A.S ini memberi petunjuk baru pemulihan ekonomi A.S walaupun buat masa ini masih terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 yang berpunca daripada varian baru virus tersebut.

Selain itu, antara faktor lain yang menyumbang kepada pemulihan ekonomi yang lebih cepat adalah peningkatan program pemberian vaksin dan penambahan dana tambahan sehingga $4 trilion untuk pembangunan infrastruktur daripada pentadbiran Joe Biden.

Namun begitu, dari segi aspek teknikal, harga emas dijangka masih boleh pulih walaupun harga mencecah bawah $1665. Tetapi pembalikan yang stabil masih lagi memerlukan harga untuk kekal berada pada paras melebihi $1707 sehingga $1720.

 

group support minyak

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *