TRADERTOWN.my

omicron picture
Gambar oleh news.sky.com

Varian Omicron: OPEC+ kawal semula bekalan minyak?

Harga minyak kembali naik setelah pelabur yakin OPEC+ dijangka akan menangguhkan bekalan minyak mentah tambahan.

 

Hal ini susulan kebimbangan negara pengeluar terhadap impak varian koronavirus Omicron yang berpotensi untuk menganggu permintaan bekalan minyak mentah dunia.

Penangguhan ini adalah untuk mengawal dan menyeimbangkan bekalan minyak mentah agar tidak kembali jatuh mendadak seperti sebelum ini.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 48 sen (0.7%) kepada $66.05 setong.

Niaga hadapan minyak mentah Brent juga naik 48 sen (0.7%) kepada $69.35 setong.

Sebelum ini, harga minyak jatuh kerana OPEC+ dijangka akan meningkatkan bekalan minyak mentah keluarannya dalam pasaran. Sejak Ogos lalu, OPEC+ telah menambah bekalan 400,000 tong minyak mentah sehari.

Harga minyak global telah kerugian lebih daripada $10 setong sejak Khamis lalu apabila pelabur risau dengan berita penemuan varian Omicron.

Omicron ialah varian koronavirus yang dominan telah tditemui di Afrika Selatan dan dikhuatiri merebak ke seluruh dunia dengan cepat.

Sekiranya varian ini merebak dan terbukti lebih berbahaya, bagaimana pula dengan nasib industri minyak dan gas pada kali ini?

Adakah keadaan ekonomi dunia sudah bersedia untuk kembali berdepan dengan gelombang bencana pandemik dalam masa terdekat ini?

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *